.::.Tooth Fairy.::.

Saturday 29 October 2011

"H.a.N.t.U k.O.r.E.a" daa dtg melanda!!

assalammualaikum sume!!!
korang mesti slalu dengar pasal cerita korea kn...
sebut pasal korea...
cerita apa yang korang ase paling korang ingat??
FULL HOUSE??
WINTER SONATA??
PRINCESS HOUR??
BOYS OVER FLOWER??
YOUR BEAUTIFUL??
lau nak disenaraikan mang laa xcukup satu entry..
aku nie mang peminat setia cerita korea...
tapi aku sendiri tak tau bila minat itu timbul...
hehehee..teruk gak aku nie kadang-kadang...

tapi mang tidak dinafikan lagi laa..
kalau seseorang tu daa tengok cerita korea nie nak-nak drama...
mang boleh jadi ketagih kot..
senang cite..
cerita korea nie MEMANG BERHANTU...
siyes...
aku tak tipu korang...
lau tak caye korang try laa skali...
tak kira laa laki atau perempuan...
kalau sekali daa start tengok...
mang xley berenti..
makan kemana..tidur kemana...
yang paling truk mandi pon tak tentu hala....
teruk kan penangan cerita korea nie...

aku nasihatkan pada korang jangan laa start tengok cerita korea nie..
nak-nak time assignment bertimbun or dekat-dekat exam..
kang satu kerja pon xjadi....
naya jerk nanti..

lau nak tau korang nie hantu korea ker x..cube teka gambar kat bawah nie....kalau betul sume...mang sah laa anda laa HANTU itu!!!
hehehehe





Thursday 27 October 2011

"R.A.G.A.M" "B.E.R.C.I.N.T.A"

Assalammulaikum dan salam sejahtera pada yang bace dan singgah entry nie...
sebenar nya xde mood nak tulis entry pada waktu2 mcm nie..
tp tiba-tiba tertarik dengan satu post kat 'mukabuku' member aku sorang nie..
kire berminat nak kongsi kasi orang lain laa...
panjang pulak mukadimah..jangan mara yerk..

entry kali nie pasal RAGAM BERCINTA

♥ kalau bercinta, jangan berkepit macam belangkas, hantar surat berbelas-belas, SMS berbalas-balas, masa 
dating sebelah tandas, berpeluk-peluk dalam bas, asyik menjeling dalam kelas, minum air perghh kongsi 
segelas...

bila ada konflik , haa mula la nak frust, nak tunai solat pun malas, tak dapat tumpu study dalam kelas, waktu
 result nak keluar tahu pulak cemas, takut exam tak pass, tup tup awek sendiri kena kebas, kesian.. melepas !

so, jadilah couple yang ada class, berdating ikut lunas, bergaul ada batas, jaga maruah dengan tegas, syariah
 dijaga dengan jelas, tutur kata sentiasa beralas, kalaulah cinta yang dihulur ikhlas, janganlah bimbang, cintamu
 pasti berbalas.

♥ kepada yang masih SINGLE,

cinta ibarat kupu-kupu, makin dikejar, makin dihindar. tapi,bila kau biarkan ia terbang, ia akan 
menghampirimu disaat kau tak terduga. cinta mampu membahagiakanmu, tetapi sering pula ia menyakiti. cinta
 itu hanya istimewa apabila kau berikan cinta kepada seseorang yang layak menerimanya.


♥ kepada PLAYBOY/PLAYGIRL,

jangan katakan 'AKU CINTA PADAMU' bila kau tidak benar-benar peduli. jangan bicarakan soal cinta bila
itu tidak benar-benar ada. jangan sentuh hidup seseorang bila kau hanya berniat untuk mempermainkannya.
 jangan menatap ke dalam mata seseorang bila kau lakukan untuk pembohongan. hal paling kejam yang 
dilakukan ialah membuat seseorang jatuh cinta, sedangkan kau tak berniat langsung untuk MENERIMANYA saat ia terjatuh.


♥ kepada yang PATAH HATI,

bertahan selama kau menginginkannya akan menghiris luka sedalam kau membiarkannya. persoalannya, 
bukan bagaimana mengatasi rasa sakit itu, tetapi apa yang boleh diambil dan dihayati sebagai pengajaran dan
 hikmahnya.

♥ kepada yang BELUM PERNAH JATUH CINTA,


bagaimana kalau jatuh cinta? mahu jatuh, JATUHLAH ! tetapi jangan sampai terjerumus. biar selamba janji 
stabil. cubalah untuk memahami. bersedialah untuk terluka dan menderita, tetapi jangan disimpan semua rasa 
jika itu yang benar-benar dialami.


♥ kepada yang TAKUT MENGAKUI,

cinta menyakitkan apabila anda memutuskan hubungan dengan seseorang. tetapi lebih sakit lagi, bila 
seseorang memutuskan hubungan denganmu. namun, cinta paling menyakitkan apabila orang yang kau cintai
langsung tidak megetahui perasaa mu terhadapnya.


♥ kepada yang masih bertahan MENCINTAI SESEORANG YANG TELAH PERGI,

hal yang menyedihkan dalam hidup ialah apabila kau bertemu seseorang, lalu jatuh cinta.akhirnya menyedari
 bahawa dia bukanlah jodoh dan kau telah mensia-siakan masa bertahun-tahun untuk orang yang tidak layak.
 kalau sekarang dia tidak layak, 10 tahun dari sekarang pun dia tidak akan layak. biarkan dia pergi, dan 
lupakan






Sunday 23 October 2011

PERLUKAH KITA BELAJAR???

assalammualaikum pada semua readers..
tiba-tiba datang angin rajin nak wat entry pada waktu pagi buta nie...
nie sebab tak boley tido study finance laa nie..
ok2..tak nak laa mukadimah panjang-panjang..nanti korang bosan nak bace blog aku nie..hehehhe..
bajet macam ader jerk yang bace
belajar??? perlu ker??
bagi diri aku sendiri ia perlu...tp sampai tahap mana kita perlu belajar??
adakah sampai PHD?? or just SPM jerk??
bagi aku setiap orang ada kemampuan sendiri...
pada pandangan mata kasar aku laa kan..
tidak semestinya orang yang belajar sampai PHD tu akan berjaya dalam hidup dan orang yang hanya habiskan pelajaran setakat SPM akan menjadi manusia yang bodoh dan miskin kat dunia nie...
semua nie terlatak pada padangan seseorang...

korang tau tak yang mana peratusan orang giler kt hospital sakit mental nie ramai yang ada PHD...dan ramai jutawan kat negara kita nie hanya ada kelulusan SPM dan lagi rendah pon ada...
dari situ kita boley nampak..tidak semestinya belajar tinggi itu boley menjamin masa depan...
bukan aku kata belajar tinggi itu tak patut...sebenarnya mang perlu pon...tapi jangan laa kita sesekali memandang rendah pada orang lain bila kita nie berada diatas..

aku bagi contoh lagi antara pelajar lepasan ijazah IPTA dengan pelajar lepasan kolej IKBN....
sapa yang lebey banyak menganggur sekarang??
bukankah pelajar lepasan ijazah IPTA nie...ini disebabkan mereka ini memilih kerja daa satu hal..satu lagi mereka nie tidak ada kemahiran langsung...
tapi....
pelajar IKBN apabila habis jerk belajar terus dapat tawaran bekerja dimana-mana company...
bukankah iutu sangat beruntung....uhuuhu

kita boley lihat dari banyak sudut lain lagi...mungkin pada masa alam persekolahan mereka-mereka ini tidak pandai dalam bidang akedemik...tapi mereka ini ada keistimewaan dalam bidang kemahiran...
sebenarnya kita kat dunia nie salaing memerlukan satu sama lain...
bukan laa perlu ada kemahiran jerk..tapi perlu ada pengetahuan sama jugak yerk..

usaha seseorang itu terletak pada hatinya sendiri...kalau dia telah set mind dia untuk kearah kejayaan..maka kejayaan adalah milik dia...
tapi kalau dier gagal merancang..maka kegagalan telah ada dalam genggamannya..

so...pada mereka yang memandang rendah pada orang yang kelulusan rendah daripada beliau..ingatlah bahawa setiap manusia ada rezeki masing2...
dan
pada mereka yang berada dibawah..tak usah pandang tinggi sangat pada mereka yang berada diatas tu..kerana anda mungkin lagi berjaya dari pada mereka...

ingat belajar itu perlu yerk untuk masa depan yang cerah...

aku tak berapa nak suka study sebenarnya,,,hehehehhee


p/s: aku xstudy lagi finance..padahal sok exam nie...

Sebenarnya kan awk.......

Asslammualaikum....
hai semua...sihat ke x nie??
Ya Allah...daa bersewang daa blog nie...
hish2..tuan dier nie busy bebonar la nie sampai nak updated blog pon tak de mase..
ya..mang betol laa lately nie aku mang memanjang busy..
sok ade exam..tp masih tak de kesedaran lagi uh..
bila tah aku nie nak berubah...
hurmmm...bila updated blog nie satu jerk masalah aku nk tulis pasal apa..
sebelum bukak uh banyak jerk nak cerita..
bila start menulis..haiyakkkk....lupe laa pulak daa...

title kte pada hari ini (cewah mcm lecturer pulak gaya yer)
A.L.A.S.A.N
alasan??? pe kaitan nie...
setiap bende yang berlaku dalam hidup kita nie penuh dengan alasan...
cume kadang-kadang kita tak tahu yang alasan kita uh boley diterima pakai atau tidak...
manusia nie kadang-kadang mencipta seribu satu alasan untuk menutup atau menafikan tindakan atau kesalahan mereka..
tapi tahukah mereka alasan yang tercipta itu boley memudaratkan diri dan orang lain??

sejak kecik lagi kita nie daa pandai cipta alasan...(jgn nk ckp x k..sume org sme jerk) tak percaya ker dari kecik daa cipta alasan..mari kte lihat contoh..
bila pergi sekolah lambat kita mesti cakap bas lewat laa..lupe kunci jam laa...padahal mase kt umah dier laa yang pling liat nk bangun...
dan bila cikgu tanya mase homework..time uh mesti ada yang bagi alasan tak bawak buku..sebenarnya ada dalam beg..ckap xbawak sebab tak siap lagi kerja uh...hahahaha

bila besar sikit pandai pulak ber'kapel' aka bercinta...
alasannya..membe-member lain sume ada bf/gf daa..nk rase gak macam mane pengalaman tuh..

then bila ada daa bercinta..cipta pulak alasan kt pasangan...
contoh bila lambat angkat fone
mesti nanti bg alasan tak perasan..hanfone dalam beg or silent...nonsense sungguh...

bila tima daa nak kawen..ade lagi alasan yang diberikan..
duit tak cukup laa...tak bersedia laa...tak setaraf laaa..
pe laa..sume uh boley ubah n lau kte berusaha lasan macam uh tak akan ada rite??

tgok...nie belum masuk part lain nie..sepanjang hidup kita nie..berapa banyak alasan yang pernah kita berikan pada orang lain untuk tutup tindakan dan kesalahan kita...sebenarnya lasan itu tidak akan ada kalau kita tidak membuat kesilapan atau kesalahan...
tapi lumrah manusiakan...memang tak lari dari kesilapan dan kesalahan sebab tu laa alasan akan muncul sekali dengan setiap apa yang kita buat tu..

so..nanti jangan laa bilaa daa kawen bagi alasan nk kawen lagi satu sebab bini dier daa tak lawa lagi..mang kene pelempang free laa kan...huhuhuhuhu

ok laaa..
sekian tok kali ini...
wasalam...

pasnie jgn nk bg alasan sgt yer bile wat sesuatu....

Wednesday 12 October 2011

SETELAH SEKIAN LAMA

assalamualaikum pada semua...

rasanya sudah lama kot blog nie sepi tak bertuan.

bukan tak nak menulis..

tp.....

kesempatan tuh tidak menyebelahi aku laa pulak..

actually macam2 cite nak bagi tau kot...

xpe2..slow2...pelan2 kayuh.. :P

hurmm....

nak mula cite yang mane ek??

bnyk sgt laa pengalaman yg interesting sejak aku naik sem 3 nie...

okey dokey..

aku nak start dengan aniversary aku dengan Mr. ASR aku...

entry sebelum nie aku cakap yan aku daa reak dengan dier btol dak??

tp sempena anivesary kteowg pada 101011 ari tuh...

kami KAPEL BALIK!!!!!!!!!!!!!!!

yahoo..jodoh kami masih panjang...

alhamdulillah Allah temukan aku dengan insan yang amat sempurna (bg aku laa)

aku nak nasihat kan pada mereka yang tengah hangat berkapel kt luar tuu...

ingatlah kte hanya mampu merancang..

tuhan yang tentukan segalanya..

dan jangan laa beri arapan pada seseorang lau kita sendiri tidak pasti hala tuju hubungan tersebut k..

INGAT!!!

jangan sesekali pernah ada perasaan untuk mempermainkan perasaan seseorang..

kerana ada orang lain akan mempermainkan perasaan kita balik suatu hari nanti...

ok..

sekian...

wasalam buat smua...


p/s: wat Mr.ASR thx terima sy balik dlam hidup awk..bby syg b ketat2...xmoo noty2 ag k...muaahhh...<3