.::.Tooth Fairy.::.

Sunday 12 August 2012

TIPS MENGAJAR BUDAK-BUDAK KECIL BERPUASA PENUH

salam ramadhan buat semua..alhamdulillah tinggal beberapa hari lagi kita nak menyambut syawal dan meninggalkan ramadhan al-mubarak ini..aku sibuk siapkan kuih raya yang ditempah oleh jiran-jiran dan sahabat terdekat..ade jugak laa cube resepi baru untuk kuih dirumah..penat tu mang penat tapi bile tengok hasilnya memang puas hati..

kali nie aku nak berkongsi sikit tentang perkara yang kadang-kadang sesetengah orang ambil ringan.. bagi mereka yang telah mempunyai anak..umur berapakah yang sesuai untuk megajar anak mereka berpuasa..mungkin ini telah lambat untuk aku kongsikan bersama..tapi apa yang bakal aku kongsikan nie adalah pengalaman dari anak sedara aku sendiri...nak kongsi pengalaman diri aku mang tak laa kan..sebab daa banyak lupa..

ok..bila nak menjelang raya nie anak sedara aku daa bertambah 11 orang..alhamdulillah..berbagai peringkat umur yang ade kat umah aku nie..7 orang daripada mereka..mak aku yang jaga..wow..ramai kan..daa mcm nursery daa rupe umah aku nie..

bebalik pada tajuk...aku mempunyai 2 orang anak sedara yang sebaya..berumur 6 tahun..kire budak tadika laa..alhamdulillah..sepanjang ramadhan berlalu ini..mereka berdua puasa penuh..aku juga terkejut bila mereka berjaya puasa penuh hingga ke saat ini...

jom kita tengok apakah faktok yang mendorong untuk mereka berpuasa penuh : -ur buluh biar dari rebungnya..

1) ADIK BERADIK ATAU SAUDARA MARA

adik beradik atau saudara mara memainkan peranan jugak..macam yang aku katakan tadi..kat rumah aku nie mak aku jaga hampir 7 orang cucu..jadi bila salah seorang daripada mereka tidak berpuasa mereka akan di ejek dan tidak dibenarkan makan sekali..untuk tidak dipinggirkan..jadi mereka bertahan untuk berpuasa penuh..

2) IBU BAPA


ibu bapa adalah peranan yang paling penting..perlu memberi motivasi pada anak2..bukan sahaja sogokkan dengan duit..tapi kene laa bagitahu apakah kelebihan berpuasa serta ganjarannya..bak kata pepatah meluntur             
buluh biarlah dari rebungnya..macam kakak aku mengajar anak mereka tentang ganjaran pahala bila kita berpuasa serta apa yang tidak boleh dilakukan bila berpuasa..budak2  kecik nie kte kene psyco fikiran mereka..memang mereka cepat teringin sesuatu benda bila bulan puasa nie..jadi pandai2 laa psyco mereka untuk bertahan..

3) BERSAHUR

bagi budak kecik..mereka nie aktif walaupun bulan puasa..jadi sahur itu amat penting untuk mereka...nak2 sekarang nie bulan puasa mereka tetap pergi ke sekolah..jadi untuk bekalkan tenaga yang cukup kejutlah mereka bersahur walaupun hanya minum susu..

4) BERBUKA

normallah bila bulan puasa tidak kira tua atau muda time nie laa nak makan macam-macam..sebagai reward bagi budak2 kecik yang baru blaja berpuasa nie..seeloknya beli atau sediakanlah apa yang mereka teringin nak makan..kadang2 tekak nie nak makan benda yang jarang dapat..macam orang dewasa jugak..nie pon sebahagian faktor nak galakkan mereka nie berpuasa...

5) RAYA

aku rasa benda nie dari aku kecik mang benda yang sama kita dimogokkan..siapa tak puasa tak boleh raya atau tak dapat duit raya...time tu berebutlah masing-masing nak puasa penuh siap kira hari lagi..bila pagi raya masing-masing tuntut duit raya ikut bilangan hari berpuasa..hahaha..tu aku masa kecik dulu...wee :) 
kakak-kakak aku jugak buat perkara yang serupa dengan anak-anak mereka yang baru belajar puasa tu..tp tak tahu laa bila raya dorang tuntut ker tak..



aku rasa cukuplah lima faktor untuk aku kongsi bersama untuk galakkan budak sebesar 6 tahun berpuasa penuh..bagi aku budak 6 tahun boleh berpuasa sebulan itu cukup hebat sebab mereka boleh bertahan lapar walaupun bila ke sekolah atau diruma tengok orang lain makan..tapi bagaimana orang dewasa yang tidak berpuasa?? tak malu ke dengan budak kecik yang boleh berpuasa sebulan penuh...kalau perempuan uh boleh dimaafkan lagi kerana ada sebab-musabab...tapi kalau lelaki?? macam mana pulak..renung-renungkanlah yerk...


p/s: aku nak ambik kesempatan nie nak ucap selamat hari raya maaf zahir batin pada mereka yang mengenali aku kalau aku ada wat salah silap dengan korang semua..0-0 yerk...hehehe...:)





















Monday 6 August 2012

KAWAN > BFF > COUPLE??

salam ramadhan pada semua..
hari ini aku rase seronok sangat...semalam dapat berbuka dan shopping raya bersama bff sewaktu sekolah dulu...walaupun kami len2 unversiti dan ada antara kami yang dah bekerja...tapi ini bukan satu halangan untuk kami keluar bersama-sama...masing-masing dah ada lesen keretakan..so senang laa..


kami semua makin lawakan..
sebenarnya bukan ini yang aku nak kongsi dengan korang semua..
pe pendapat korang kalau lelaki dan perempuan mengalami fasa-fasa berikut:

KAWAN > BFF > COUPLE

boleh ker dorang serasikan diri..macam mana nak hadapi..atau mungkin hubungan itu makin istimewa..
jom kte bongkar satu persatu stage berkenaan..


1) BERKAWAN:

semua orng akan mudah mendapat kawan tidak kira dimana mereka berada..kawan dengan berlainan jantina jugak tidak mustahil berlaku..nak-nak kalau kita berda di pusat pengajian...kat situ terlalu ramai kawan yang kita berjumpa..bila berkawan nie..ada benda yang kita sembunyikan pada mereka..kadang-kadang ada yang hipokrit..ingin nampak diri ini terbaik depan mata orang lain...

2) BEST FRIEND FOREVER (BFF)

dari berkawan kita akan jumpa orang yag serasi dengan kita..perangai, perwatakan, hobi mang ngam laa dengan kit..dan kita menjadi rapat dengan mereka...segala masalah kisah suka duka akan dikongsi bersama bff kita nie..ada orang cakap antara lelaki dan perempuan tidak akan ada istilah bff semata-mata kerana nanti akan timbul perasaan cinta..tapi aku nafikannya sebab aku sudah ada bukti yang kukuh bahawa ku da rmai bff lelaki..hehhee...dengan bff kita menjadi diri sendiri..segala perangai huduh kita akan kita tunjuk depan dorang sebab bagi kita itu satu keselesaan dan dorang boleh trima segala kekurang dan kelemahan yang kita ada..

3) COUPLE

semua orang ingin pasangan dalam hidup mereka..siapa yang tak nak tu aku xtau laa kan..tapi bila ber'couple' nie banyak dugaan dan halangan...kalau pasangan nie berkenalan dari stage kawan pastu bff then bru kapel..ada sesetengah cakap ianya bgus sebab daa kenal hati budi masing-masing..ada setengah pulak cakap susah..sebab masa kawan nak buat apa pun kita xpernah kisah..tapi bila couple..cemburu pulak menguasai...mana satu yang betul?? itu mungkin terpulang pada individu...

setiap individu ada cerita cinta mereka sendiri...macam mana mereka boleh berkenalan dan boleh menjadi pasangan...macam cerita aku dengan en.mamat boleh buat novel rasanya...kompom laku sebab banyak halangan dan dugaan sebelum kami dapat bersama...hehehe...ayat xley blah aku bg...jangan jeles yerk..
walaupun sebelum ini kita pernah kecewa dalam percintaan..janganlah serik untuk terus mencari pasangan yang serasi untuk bersama kita hingga ke akhir hayat atau lebih sweet hingga ke syurga...





Wednesday 1 August 2012

BULAN RAMDHAN BULAN MULIA

Salam semua..
semoga korang yang baca nie dalam keadaan sihat..kalau tak sihat mcam mane korang ley on9 kn..
macam mana dengan puase korang??
penuh atau ada yang dah berlopong..kalau yang perempuan uh aku tau la kenapa..
tapi kalau lelaki dah berlopong uh aku mcm pelik sikit..melainkan yang betul2 sakit..tu boleh dimaafkan..

bila bulan puasa menjelang jerk..kenangan lama terimbas kembali..
saat arwah abah masih ada..bila pukul tiga petang setiap hari aku akan ikut abah pergi pasar beli barang basah..
balik dari pasar abah yang masak makanan untuk berbuka..sebab mak sibuk siapkan tempahan kuih raya..

tapi sejak abah dah tak ada..mak yang ambik alih tugas tuh..aku pulak sejak daa besar panjang nie..gantikan mak buat kuih raya pulak..

masa kecik2 dulu kalau dapat berpuasa penuh satu hari abang dengan kakak janji nak bagi rm1 setiap ari..sebulan kalau penuh bg rm50..janji xde lopong..
mase uh budak2 kan..dpat wet banyak jerk trus penuh pose..hehehhee
macam uh laa anak2 sedara aku skrg nie...trick yang same mak ayah dowg bg..
mcm aku jugak,,, weee :P

orang lain yang ada kampung dpat laa merasa pasang pelita men mercun sume time puase nie..tapi aku tak pernah pon..
puasa dan raya kat bandar jb nie bukan ley pasang pelita dengan men mercun..
so mang xde laa kenangan macam orang lain..

makanan wajib time bulan pose yang aku mesti cari kt jb nie adalah murtabak singapore..

nie laa rupa murtabak singapore..

terliurkan...haa nie laa unik yer johor..
makanan yang xde kat negeri len..
kalau minuman pulak AIR KATIRA..

air katira abu bakaq..yang pling femes kt johor

sepanjang aku blaja kt kedah..mang time bulan pose kt sane aku cri air katira...tapi x jumpe pon..
rupenya baru aku tahu kt johor jerk ada air katira nie...
rasanya mang hurmmpphh...sedaapppp...
kalau korang datang pose kt johor jangan lupe beli...


p/s: daa 2 taun pose aku penuh..taun nie nak penuh lagi...insyaallah...baju raya daa siap..kaler same dengan en.mamat...suke2.. :)