.::.Tooth Fairy.::.

Saturday 22 December 2012

AKU TERIMA SEGALANYA

da berbulan ase yer aku xpost pape kt sini...bz memanjang dengan pelajaran dan masalah...macam berlaku pada aku semester nie..ase yer semester nie banyak mengajar aku erti kesabaran, kesetiaan dan persahabatan..eh2 sebelum uh lupe pulak...
assalamualaikum sume...hehhee
tbe2 terus masuk tanpa bagi salam...

banyak benda yang terjadi lepas raya korban hari tu..
macam peristiwa yang buat aku tak keruan hidup....
ia banyak membawa aku kepada sang Pencipta semula untuk aku mencari ketenangan...
kerana hanya itu lah yang buat aku kembali ceria dan mulakan hari-hari baru aku...
mungkin ini lah balasan kerana aku sentiasa melupakannya dulu...

cinta yang aku pertahankan sebelum ini ditarik balik oleh maha Pencipta...
mungkin Dia ingin menduga sekuat mana aku mengharungi dugaan ini atau mungkin Dia mahu lindungi aku dari bahaya dan kekecewaan yang mendatang...
Sungguh aku kecewa dengan takdir ini...tapi aku bangkit dan berkata pada diri si dia bukan yang terbaik untuk aku sebab itulah Allah jauhkan dia pada ku..
kerana Allah masih sayangkan aku..

dua minggu aku hampir hilang arah..tak ada satu benda yang aku buat yang menjadi..sehingga aku lupa dan lalai pada pelajaran...hanya si dia di fikiran dan airmata sebagai teman setia tika malam menjelma..
si dia yang sebelum ini menjadi tulang belakang aku berpaling arah dan tinggalkan aku terkapai-kapai seorang diri..

mujur Allah masih sayangkan aku...Dia hadirkan insan2 istimewa disaat aku susah dan bersedih..org yang mendengar keluh kesah aku ceriakan kembali hari-hari suram dan banyak beri nasihat pada diri aku..
meraka kembalikan aku yang dulu..ceria tanpa masalah...ketawa dengan ikhlas dan tersenyum dengan indah..
rupanya Allah turunkan hujan pada hidup aku kerana ingin beri aku pelangi yang indah selepas itu..

syukur alhamdulillah..aku kembali semula..dengan semangat yang baru dan penampilan yang baru..
aku bersyukur kerana selepas perpisahan itu banyak keburukan si dia yang aku perolehi..dan aku terfikir mungkin disebabkan ini Allah pisahkan aku dengan dia...
dan sekarang aku sudah boleh terima dengan hati yang redha...

aku berharap si dia disana berbahagia dengan pilihan hati...andai memang jodoh kita aku tidak akan melawan takdir untuk menerima...jika bukan jodoh kita aku dengan rela hati melepaskan kau pergi selamanya..
sesungguhnya jodoh pertemuan ajal dan maut ditangan Tuhan...
aku terima segalanya...

HANYA TINGGAL KENANGAN ANTARA KAU DAN AKU...SEMOGA KAU BERBAHGIA


P/S: mr.oreo daa pergi..life must go on..tak perlu toleh kebelakang lagi...cuma berharap satu hari nanti dia sedar akan kasih sayang aku pada dia selama ini walaupun waktu itu sudah terlambat..