.::.Tooth Fairy.::.

Saturday 22 December 2012

AKU TERIMA SEGALANYA

da berbulan ase yer aku xpost pape kt sini...bz memanjang dengan pelajaran dan masalah...macam berlaku pada aku semester nie..ase yer semester nie banyak mengajar aku erti kesabaran, kesetiaan dan persahabatan..eh2 sebelum uh lupe pulak...
assalamualaikum sume...hehhee
tbe2 terus masuk tanpa bagi salam...

banyak benda yang terjadi lepas raya korban hari tu..
macam peristiwa yang buat aku tak keruan hidup....
ia banyak membawa aku kepada sang Pencipta semula untuk aku mencari ketenangan...
kerana hanya itu lah yang buat aku kembali ceria dan mulakan hari-hari baru aku...
mungkin ini lah balasan kerana aku sentiasa melupakannya dulu...

cinta yang aku pertahankan sebelum ini ditarik balik oleh maha Pencipta...
mungkin Dia ingin menduga sekuat mana aku mengharungi dugaan ini atau mungkin Dia mahu lindungi aku dari bahaya dan kekecewaan yang mendatang...
Sungguh aku kecewa dengan takdir ini...tapi aku bangkit dan berkata pada diri si dia bukan yang terbaik untuk aku sebab itulah Allah jauhkan dia pada ku..
kerana Allah masih sayangkan aku..

dua minggu aku hampir hilang arah..tak ada satu benda yang aku buat yang menjadi..sehingga aku lupa dan lalai pada pelajaran...hanya si dia di fikiran dan airmata sebagai teman setia tika malam menjelma..
si dia yang sebelum ini menjadi tulang belakang aku berpaling arah dan tinggalkan aku terkapai-kapai seorang diri..

mujur Allah masih sayangkan aku...Dia hadirkan insan2 istimewa disaat aku susah dan bersedih..org yang mendengar keluh kesah aku ceriakan kembali hari-hari suram dan banyak beri nasihat pada diri aku..
meraka kembalikan aku yang dulu..ceria tanpa masalah...ketawa dengan ikhlas dan tersenyum dengan indah..
rupanya Allah turunkan hujan pada hidup aku kerana ingin beri aku pelangi yang indah selepas itu..

syukur alhamdulillah..aku kembali semula..dengan semangat yang baru dan penampilan yang baru..
aku bersyukur kerana selepas perpisahan itu banyak keburukan si dia yang aku perolehi..dan aku terfikir mungkin disebabkan ini Allah pisahkan aku dengan dia...
dan sekarang aku sudah boleh terima dengan hati yang redha...

aku berharap si dia disana berbahagia dengan pilihan hati...andai memang jodoh kita aku tidak akan melawan takdir untuk menerima...jika bukan jodoh kita aku dengan rela hati melepaskan kau pergi selamanya..
sesungguhnya jodoh pertemuan ajal dan maut ditangan Tuhan...
aku terima segalanya...

HANYA TINGGAL KENANGAN ANTARA KAU DAN AKU...SEMOGA KAU BERBAHGIA


P/S: mr.oreo daa pergi..life must go on..tak perlu toleh kebelakang lagi...cuma berharap satu hari nanti dia sedar akan kasih sayang aku pada dia selama ini walaupun waktu itu sudah terlambat..

Thursday 18 October 2012

10 Petua Ceria



.
 

nampak x??
lau x nmpak meh sini aku listkan..
 
  1. programkan mindan dan cuci minda setiap hari
  2. jaga pancaindera dari melakukan kejahatan
  3. bisik kepada diri perkara yang positive
  4. bermaaf-maafan sesama rakan setiap hari
  5. dirikan solat sempurna & banyakkan berdoa
  6. selawat nabi minima 100x sebelum tidur
  7. cube amalkan puasa sunat isnin,khamis
  8. sentiasa mengamalkan bacaan al-quran
  9. sentiasa menunaikan solat sunat taubat
  10. sentiasa mengingati kematian..

Paras Jelita Bukan Pilihan Utama

salam semua...minggu nie baru dapat menarik nafas lega...setelah bertungkus lumus 3 minggu mencari rezeki dan settle kn program...walaupun lepas nie ada lagi tapi still boleh bernafas dengan tenang...

selalu cari masa nak update..tapi selalu ada kekangan sebab lappy osak...nak on9 pon kene tunggu bila masa kerja kat lab komputer...sungguh sadis kehidupan macam nie...

actually...aku bukan nak cakap pasal diri aku sangat...nie sekadar mukadimah jerk...aku nak kongsi sikit gambar yang aku jumpe kat satu page di mukabuku tadi..


betul ker??
tapi itu laa kenyataan...dari apa yang aku tengok...lelaki lagi senang bergaul dengan perempuan mesra dan kelakar...yang penting no hard feeling...laki akan berasa rimas dengan perempuan GEDIXXZ atau ngada-ngada plus manja terlebey,..tapi aku tak nafikan laa yang ada jugak laki yang minat perempuan specis macam uh...

bagi laki..paras rupa itu tak berapa nak penting sangat..asalkan perempuan tu boleh masuk pale dan memahami sudah...rupa paras yang cantik tu hanya satu bonus kalau ada...hati budi dan sifat dalaman itu lebey penting...

so pada perempuan kat lua sana...x lawa tak pe..asalkan korang tak gedik depan laki sudah mencukupi..dan nasihat daripada aku...kalau korang nie nk rapat dengan laki pon jangan laa simpan pape perasaan sangat atau dalam erti kata lain menaruh harapan...sebab laki nie bile da sayang kt seseorang dier akan setia walaupun korang uh lagi cantik dari awek dier...
betul x readers berjantina lelaki??
hahahahaha


p/s: mr.oreo ade ckp dier plih sy bukan sebab rupa...tapi kerana perangai dan sikap...seronok.... <3

Sunday 30 September 2012

selamat tinggal september

salam pada readers semua... (bajet macam ade jerk kn)...siyesly aku mang bz sepanjang bulan nie...dan sepanjang bulan nie jugak mcam2 terjadi dalam hidup aku...antara kuat atau tidak untuk menghadapi hanya orang keliling aku yang mengetahui...tu pon yg rapat jerk..sebab dowglah kekuatan aku skrg..berada disamping aku dikala susah dan senang..bukan time aku senang jerk...

mane dengan program yang memeningkan..mane dengan jualan yang memenatkan.. mana dengan kelas yang padat..mana dengan kerja part time yang dibuat..lom termasuk mane dengan kekasih yang perlu dijaga..(tu alasan jerk)...semuanya aku kene adapt sepanjang bulan nie...al-maklum laaa cuti 4 bulan kn...badan dimanje-manje kt uma..bile blik sini daa tak rupe orang daa aku nie...

mungkin sesetengah tngok gayahidup aku nie mewah..tapi tidak mcm tu pon..aku perlu mencari wet tepi untuk aku teruskan hidup..kadang2 terfikir sampai bile nak harap kn family...ade org boleh hidup 1 sem dengan wet ptptn takkan aku tak boleh...walau hakikat sebenar mang tak boleh pon...kene jugak cri wet tepi kot len...

bila aku susah mcm nie..barulah aku kenal sape kawan dan sape sahabat...sahabat bagi aku seorang yang ley trime kte seadanya...tidak kira laa buruk mne perangai kte..jahat mane pon kisah silam kita...dia sentiasa ada...walaupun daa punya kekasih hati..dier takkan tinggal kawan2...tu laa sahabat sejati..

bila cakap pasal kekasih...ya mang aku banyak berubah lepas kenal dia..tapi perubahan yang aku lakuka mang ikhlas dari hati..bukan sebab dia...dier hanya membimbing..jangan laa korang slah paham dengan perubahan aku...tidak semua manusia boleh berubah skali gus...proses perubahan masih ada lagi...belum cukup lengkap diri aku ini...itulah hakikat sebenar...

kawan2 yang ada...walaupun ada di depan mata tapi macam orang asing jerk rasa...tidak perlu bermesra kalau hati tidak sudi...hanya senyuman itu sudah cukup gembirakan hati ini...jangan laa sampai org yang tidak tau cerita disebalik kejadian dapat hidu perlingkahan atau persengketaan...elakkan benda2 yang tidak diingini...ego telah diturunkan untuk meminta  maaf atas kesilapan..tapi kenapa kemaafan itu masih lagi belum aku dapat kan...adakah aku nie hina dimata korang?? maaf kalau aku terEMO sikit kt dalam nie...aku tak pernah slahkan korang pon..aku tau sume yang terjadi atas kesilapan dan kebodohan aku...ekali lagi aku mintak maaf..andai korang tetap tak boleh maafkan itu hak korang...aku tak pernah paksa...

memang korang akan nampak aku slalu keluar dengan lelaki...tapi itulah kawan aku skarang...ada time aku susah dan senang...sudi gembirakan aku time aku sedey...bimbing aku time aku slah..tegur aku time aku silap...itulah sahabat walaupun berlainan jantina..dan itu yang terbaik yang allah tentukan untuk hidup aku..

pape pon terima kasih sebab sudi jdi sebahagian dari hidup aku dulu...jujur ikhlas aku katakan..aku sayangkan korang..mungkin perbuatan aku tak dapat korang maafkan...aku redha dengan ketentuan illahi..aku sedar aku tak perfect mcm korg...aku harap sangat korang dpat kebahagiaan yang korang cari...

arghhh pe yang aku daa melalut kat dalam nie...entry nie bukan nk luahkan perasaan sangat..tiba2 terEMO pulak kan..sorry sume...sok daa 1 oktober 2012...cepat betul masa berlalu...10 hari lagi hari jadi kekasih hati dan sahabat yang dulunya baik sekarang yg dikenangi jerk laa...hope 10 hari akan datang nie akan bg aku kebahagiaan yang lebey...

hope hari2 yang mendatang lebey mematangkan aku dan si dia...semoga allah memberkati apa yang aku lakukan selama nie dan akan datang..amin...

Thursday 6 September 2012

PEREMPUANJ HANYA MAHU LELAKI KAYA??

salam semua...
tibe-tibe jari nie gatai nak menaip pulak ari nie..
mungkin sebab bosan jage lab computer dengan keadaan orang lain tak balik kolej ag...
sedang aku dok pusing sana pusing sini..
belek sana belek sini..tekan sana tekan sini...
aku jumpe laa satu gambar nie kat laman sesawang paling femes (facebook)...





mang tergelak laa aku bace statement kat gambar tu..
budak perempuan zaman sekarang hanya memandang lelaki kaya jerk ker??
mungkin sesetengah akan jawab tak..
ada jugak yang jawab ya..
terpulang pada individu sebenar yer..

bagi aku pulak..aku tidak memandang harta dan wang ringgit..rupa pun x penting..tp yang penting dia ley bagi aku kebahagiaan dan kasih sayang..bukannya wang ringgit tu tak perlu..
tapi mesti laa cari yang ley bimbing kita baru laa cari wang ringgit...
rezekikan allah bagi..dekatkan diri pada allah insyaallah rezeki tu datang kemudian...

dekat sini lelaki boleh nilai perempuan itu macam mana...
bila kita dalam keadaan susah..kita akan dapat menilai sifat sebenar seseorang individu..
dari situ kita dapat tengok orang tu ikhlas dengan kita atau sebaliknya...
bila kita hidup sederhana dan tak de pape...ada tak orang sudi berkawan...begitu laa sebaliknya...

so bagi lelaki kalau kene reject sebab korang pakai motor jerk takde kereta jangan laa sedey sangat..masih ada perempuan lain yang sudi menerima anda...
dan pada perempuan pulak jangan laa pandang pada harta tapi tengok laa pada diri lelaki itu kalau benar-benar ikhlas dan boleh membimbing..terimalah dia seadanya..manalah tau nanti biar lagi berjaya dari anda kan..rezeki hanya allah yang tentukan...


Sunday 12 August 2012

TIPS MENGAJAR BUDAK-BUDAK KECIL BERPUASA PENUH

salam ramadhan buat semua..alhamdulillah tinggal beberapa hari lagi kita nak menyambut syawal dan meninggalkan ramadhan al-mubarak ini..aku sibuk siapkan kuih raya yang ditempah oleh jiran-jiran dan sahabat terdekat..ade jugak laa cube resepi baru untuk kuih dirumah..penat tu mang penat tapi bile tengok hasilnya memang puas hati..

kali nie aku nak berkongsi sikit tentang perkara yang kadang-kadang sesetengah orang ambil ringan.. bagi mereka yang telah mempunyai anak..umur berapakah yang sesuai untuk megajar anak mereka berpuasa..mungkin ini telah lambat untuk aku kongsikan bersama..tapi apa yang bakal aku kongsikan nie adalah pengalaman dari anak sedara aku sendiri...nak kongsi pengalaman diri aku mang tak laa kan..sebab daa banyak lupa..

ok..bila nak menjelang raya nie anak sedara aku daa bertambah 11 orang..alhamdulillah..berbagai peringkat umur yang ade kat umah aku nie..7 orang daripada mereka..mak aku yang jaga..wow..ramai kan..daa mcm nursery daa rupe umah aku nie..

bebalik pada tajuk...aku mempunyai 2 orang anak sedara yang sebaya..berumur 6 tahun..kire budak tadika laa..alhamdulillah..sepanjang ramadhan berlalu ini..mereka berdua puasa penuh..aku juga terkejut bila mereka berjaya puasa penuh hingga ke saat ini...

jom kita tengok apakah faktok yang mendorong untuk mereka berpuasa penuh : -ur buluh biar dari rebungnya..

1) ADIK BERADIK ATAU SAUDARA MARA

adik beradik atau saudara mara memainkan peranan jugak..macam yang aku katakan tadi..kat rumah aku nie mak aku jaga hampir 7 orang cucu..jadi bila salah seorang daripada mereka tidak berpuasa mereka akan di ejek dan tidak dibenarkan makan sekali..untuk tidak dipinggirkan..jadi mereka bertahan untuk berpuasa penuh..

2) IBU BAPA


ibu bapa adalah peranan yang paling penting..perlu memberi motivasi pada anak2..bukan sahaja sogokkan dengan duit..tapi kene laa bagitahu apakah kelebihan berpuasa serta ganjarannya..bak kata pepatah meluntur             
buluh biarlah dari rebungnya..macam kakak aku mengajar anak mereka tentang ganjaran pahala bila kita berpuasa serta apa yang tidak boleh dilakukan bila berpuasa..budak2  kecik nie kte kene psyco fikiran mereka..memang mereka cepat teringin sesuatu benda bila bulan puasa nie..jadi pandai2 laa psyco mereka untuk bertahan..

3) BERSAHUR

bagi budak kecik..mereka nie aktif walaupun bulan puasa..jadi sahur itu amat penting untuk mereka...nak2 sekarang nie bulan puasa mereka tetap pergi ke sekolah..jadi untuk bekalkan tenaga yang cukup kejutlah mereka bersahur walaupun hanya minum susu..

4) BERBUKA

normallah bila bulan puasa tidak kira tua atau muda time nie laa nak makan macam-macam..sebagai reward bagi budak2 kecik yang baru blaja berpuasa nie..seeloknya beli atau sediakanlah apa yang mereka teringin nak makan..kadang2 tekak nie nak makan benda yang jarang dapat..macam orang dewasa jugak..nie pon sebahagian faktor nak galakkan mereka nie berpuasa...

5) RAYA

aku rasa benda nie dari aku kecik mang benda yang sama kita dimogokkan..siapa tak puasa tak boleh raya atau tak dapat duit raya...time tu berebutlah masing-masing nak puasa penuh siap kira hari lagi..bila pagi raya masing-masing tuntut duit raya ikut bilangan hari berpuasa..hahaha..tu aku masa kecik dulu...wee :) 
kakak-kakak aku jugak buat perkara yang serupa dengan anak-anak mereka yang baru belajar puasa tu..tp tak tahu laa bila raya dorang tuntut ker tak..



aku rasa cukuplah lima faktor untuk aku kongsi bersama untuk galakkan budak sebesar 6 tahun berpuasa penuh..bagi aku budak 6 tahun boleh berpuasa sebulan itu cukup hebat sebab mereka boleh bertahan lapar walaupun bila ke sekolah atau diruma tengok orang lain makan..tapi bagaimana orang dewasa yang tidak berpuasa?? tak malu ke dengan budak kecik yang boleh berpuasa sebulan penuh...kalau perempuan uh boleh dimaafkan lagi kerana ada sebab-musabab...tapi kalau lelaki?? macam mana pulak..renung-renungkanlah yerk...


p/s: aku nak ambik kesempatan nie nak ucap selamat hari raya maaf zahir batin pada mereka yang mengenali aku kalau aku ada wat salah silap dengan korang semua..0-0 yerk...hehehe...:)





















Monday 6 August 2012

KAWAN > BFF > COUPLE??

salam ramadhan pada semua..
hari ini aku rase seronok sangat...semalam dapat berbuka dan shopping raya bersama bff sewaktu sekolah dulu...walaupun kami len2 unversiti dan ada antara kami yang dah bekerja...tapi ini bukan satu halangan untuk kami keluar bersama-sama...masing-masing dah ada lesen keretakan..so senang laa..


kami semua makin lawakan..
sebenarnya bukan ini yang aku nak kongsi dengan korang semua..
pe pendapat korang kalau lelaki dan perempuan mengalami fasa-fasa berikut:

KAWAN > BFF > COUPLE

boleh ker dorang serasikan diri..macam mana nak hadapi..atau mungkin hubungan itu makin istimewa..
jom kte bongkar satu persatu stage berkenaan..


1) BERKAWAN:

semua orng akan mudah mendapat kawan tidak kira dimana mereka berada..kawan dengan berlainan jantina jugak tidak mustahil berlaku..nak-nak kalau kita berda di pusat pengajian...kat situ terlalu ramai kawan yang kita berjumpa..bila berkawan nie..ada benda yang kita sembunyikan pada mereka..kadang-kadang ada yang hipokrit..ingin nampak diri ini terbaik depan mata orang lain...

2) BEST FRIEND FOREVER (BFF)

dari berkawan kita akan jumpa orang yag serasi dengan kita..perangai, perwatakan, hobi mang ngam laa dengan kit..dan kita menjadi rapat dengan mereka...segala masalah kisah suka duka akan dikongsi bersama bff kita nie..ada orang cakap antara lelaki dan perempuan tidak akan ada istilah bff semata-mata kerana nanti akan timbul perasaan cinta..tapi aku nafikannya sebab aku sudah ada bukti yang kukuh bahawa ku da rmai bff lelaki..hehhee...dengan bff kita menjadi diri sendiri..segala perangai huduh kita akan kita tunjuk depan dorang sebab bagi kita itu satu keselesaan dan dorang boleh trima segala kekurang dan kelemahan yang kita ada..

3) COUPLE

semua orang ingin pasangan dalam hidup mereka..siapa yang tak nak tu aku xtau laa kan..tapi bila ber'couple' nie banyak dugaan dan halangan...kalau pasangan nie berkenalan dari stage kawan pastu bff then bru kapel..ada sesetengah cakap ianya bgus sebab daa kenal hati budi masing-masing..ada setengah pulak cakap susah..sebab masa kawan nak buat apa pun kita xpernah kisah..tapi bila couple..cemburu pulak menguasai...mana satu yang betul?? itu mungkin terpulang pada individu...

setiap individu ada cerita cinta mereka sendiri...macam mana mereka boleh berkenalan dan boleh menjadi pasangan...macam cerita aku dengan en.mamat boleh buat novel rasanya...kompom laku sebab banyak halangan dan dugaan sebelum kami dapat bersama...hehehe...ayat xley blah aku bg...jangan jeles yerk..
walaupun sebelum ini kita pernah kecewa dalam percintaan..janganlah serik untuk terus mencari pasangan yang serasi untuk bersama kita hingga ke akhir hayat atau lebih sweet hingga ke syurga...





Wednesday 1 August 2012

BULAN RAMDHAN BULAN MULIA

Salam semua..
semoga korang yang baca nie dalam keadaan sihat..kalau tak sihat mcam mane korang ley on9 kn..
macam mana dengan puase korang??
penuh atau ada yang dah berlopong..kalau yang perempuan uh aku tau la kenapa..
tapi kalau lelaki dah berlopong uh aku mcm pelik sikit..melainkan yang betul2 sakit..tu boleh dimaafkan..

bila bulan puasa menjelang jerk..kenangan lama terimbas kembali..
saat arwah abah masih ada..bila pukul tiga petang setiap hari aku akan ikut abah pergi pasar beli barang basah..
balik dari pasar abah yang masak makanan untuk berbuka..sebab mak sibuk siapkan tempahan kuih raya..

tapi sejak abah dah tak ada..mak yang ambik alih tugas tuh..aku pulak sejak daa besar panjang nie..gantikan mak buat kuih raya pulak..

masa kecik2 dulu kalau dapat berpuasa penuh satu hari abang dengan kakak janji nak bagi rm1 setiap ari..sebulan kalau penuh bg rm50..janji xde lopong..
mase uh budak2 kan..dpat wet banyak jerk trus penuh pose..hehehhee
macam uh laa anak2 sedara aku skrg nie...trick yang same mak ayah dowg bg..
mcm aku jugak,,, weee :P

orang lain yang ada kampung dpat laa merasa pasang pelita men mercun sume time puase nie..tapi aku tak pernah pon..
puasa dan raya kat bandar jb nie bukan ley pasang pelita dengan men mercun..
so mang xde laa kenangan macam orang lain..

makanan wajib time bulan pose yang aku mesti cari kt jb nie adalah murtabak singapore..

nie laa rupa murtabak singapore..

terliurkan...haa nie laa unik yer johor..
makanan yang xde kat negeri len..
kalau minuman pulak AIR KATIRA..

air katira abu bakaq..yang pling femes kt johor

sepanjang aku blaja kt kedah..mang time bulan pose kt sane aku cri air katira...tapi x jumpe pon..
rupenya baru aku tahu kt johor jerk ada air katira nie...
rasanya mang hurmmpphh...sedaapppp...
kalau korang datang pose kt johor jangan lupe beli...


p/s: daa 2 taun pose aku penuh..taun nie nak penuh lagi...insyaallah...baju raya daa siap..kaler same dengan en.mamat...suke2.. :)




Saturday 21 July 2012

PEREMPUAN MELAMAR LELAKI?? wow!!!

salam semua...
sedang enak jari-jari aku manari diatas keyboard lappy kesayangan aku nie tiba-tiba aku terlihatlah satu gambar yang menarik perhatian aku..bagi aku isu nie memang best untuk diulaskan..pernah tak korang ternampak gambarkat bawah nie kat muka buku korang..


haaa...ini dia...isu yang aku cakap tadi..masing-masing punya pendapat sendiri bila terbaca ayat kat atas uh..
"Wanita Lamar Lelaki"
apa salahnya..sedangkan Nabi Muhammad pon di lamar oleh Siti Khadijah kan??
so bagi aku zaman wanita @ perempuan melamar lelaki nie sejak zaman nabi da ada..
cuma masyarakat kita sekarang jerk yang terikut-ikut amalan barat dimana lelaki yang perlu lamar perempuan..kalau tak salah aku laa..

tapi bagi aku kalau perempuan tu berani ambek first move dier mang hebat..seorang yang berani menghadapi cabaran dan memecahkan tradisi adat orang kita..
tapi ada ker perempuan yang sehebat Siti Khadijah yang melaar Nabi Muhammad??
mungkin ada tetapi jumlahnya sangatlah sedikit..

kalau aku pon tak berani nak pergi melamar lelaki..buatnya lelaki itu tolak lmaran kita haa tak ke haru kat situ..hati perempuan ini lembut..tidak sekat lelaki walaupun lamarannya ditolak oleh si gadis..dia tetap berusaha dan berusaha...tetapi kalau perempuan mau tak keluar bilik seminggu sebab malu nak jumpe atau terserempak dengan lelaki berkenaan..nak2 yang satu kolej..hehhehe

cube bayangkan bagai mana agaknya bila perempuan yang melamar lelaki??

gadis: assalamualaikum awak..

lelaki: walaikumsalam..kenapa telefon malam-malam nie..

gadis: saya nak cakap sesuatu yang penting nie..

lelaki: apa dia??

gadis: saya sebenarnya.......

lelaki: hurmmm...

gadis: saya sebenarnya.......

lelaki: sebenarnya apa awak?? cakap laa jangan laa malu-malu...

gadis: ok saya cube untuk tak malu-malu...saya sebenarnya nak melamar awak jadi suami saya yang sah awak sudi tak??

lelaki: hah?? awak nie biar betul patutnya saya yang melamar awak...kenapa pulak awak yang melamar saya nie?? macam perigi cari timba pulak...awak dah terdesak sangat ker??

gadis: bukan terdesak tetapi saya tak nak awak terlepas pada orang lain sebab tu la saya melamar awak dulu...awak lambat sangat nak melamar saya..

lelaki: saya cuma anggap awak sebagai kawan biasa sahaja..jangan salah paham..saya tak bersedia untuk jadi seorang suami lagi..maafkan saya...

gadis: tak apa lah kalau macam gitu..assalamualaikum...

lelaki: walaikumsalam...

sanggupkah korang buat macam gitu?? hanya orang yang mempunyai hati yang kuat sahaja mampu mengawal keadaan seperti itu..tapi tak semua situasi akan menjadi sebegini kalau perempuan yang melamar lelaki dulu..ada juga yang menjadi sebaliknya...so pada sesiapa yang berani..cubalah..mana tahu rezeki korang dapat lelaki yang korang cinta...belum cuba belum tahukan??




p/s: pada en.mamat...nanti saya melamar awak jadi suami saya yerk..hhahahaha...jangan bermimpi laa tidak akan sesekali saya buat..hahahahaa

Friday 20 July 2012

HIDUP INI IBARAT RODA

salam pada semua..
kira lama jugak aku tak menulis..
bukan bz...tapi tak de mood dan idea nak tulis apa..
tapi hari ini berbeza..bila aku teringat padaseorang hamba allah yang paling aku sayang dan hormat dari kecil..
cerita hidup beliau umpama satu pengajaran yang patut aku kongsi bersama..

dia dilahirkan dalam keluarga yang sederhana..
dianugerahkan tuhan otak yang cerdik..
dengan kepintaran yang dia ada dia berjaya dalam usia yang muda..
dan melangsungkan pernikahan dalam usia yang muda juga...

kalau aku tak silap dalam usia semuda 25 tahun dia mempunyai seorang anak...
terlalu awal bagi seorang lelaki untuk mempunyai anak pada umur sedemikian..
tapi dia telah memikul tanggungjawab itu..

perkara yang paling aku respect kat dia nie adalah berkaitan dengan persahabatan..
dia terlalu mudah percayakan orang...
allah menganugerahkan beliau dengan rezeki yang murah..
dan dia tidak pernah berkira mengenai wang dengan keluarga mahupun sahabat terdekat..

tapi lumrah manusia...
yang baik selalu ditipu..
dia berhenti dari satu syarikat swasta untuk memulakan perniagaan sendiri..
pada awalnya pernigaannya sangat berjaya berkat hasil usaha yang tak pernah putus..
tetapi..kehidupan itu hanya sementara..
beliau tertipu dengan keadaan keliling...
ramai yang ingin menjatuhkan beliau termasuklah keluarga mentua..

dan allah temukan dia dengan seorang perempuan yang boleh susah senang bersama..
dan mereka mendirikan rumah tangga..
pada awal perkahwinan isteri pertama dengan tiga orang anak dapat menerima hakikat berkenaan..
tetapi dengan hasutan saudara mara...isteri pertama minta dilepaskan dan anak2 tidak lagi diberi kebenaran untuk bertemu dengan ayah mereka...

perniagaan beliau makin menurun..
saat susah begini..
beliau sedar bahawa tiada lagi kawan yang selalu bertandang ke rumah..
tiada lagi kawan yang sering menelefon..
dan tiada lagi kawan yang menghampiri ketika sedang makan...

sampai ke satu tahap...
dari puluhan ribu dalam akaun bank..
hanya tinggal rm5 di dalam poket untuk teruskan hidup di bandar metropolitan...
tapi allah maha penyayang...
mungkin rezeki yang  sebelum ini beliau berkongsi dengan orang lain saat dia senang dulu allah berikan semula pada beliau..
ada yang berhutang dengan beliau satu ketika dahulu datang membayar hutang..
beli barang  dapur untuk beliau dan isteri yang sedang mengandung serta ada yang sudi memberi modal untuk   memulakan perniagaan baru..

dahulu beliau tidak pernah kenal apa itu senduk dan periuk..
tapi alhamdulillah..
setelah berada dalam kesusahan...
beliau dapat melakukan perkara yang sebelum ini tidak pernah beliau lakukan..
berniaga nasi lemak kukus memang sesuatu yang tidak pernah terlintas difikirannya...
tapi itulah sumber rezeki yang beliau ada sekarang..
dan beliau bersyukur kerana keluarga masih mampu menerima kehadiran beliau walaupun saat beliau dalam kesusahan...

kini..kehidupan beliau penuh dengan kesyukuran kepada allah...
mungkin allah ingin menunjukkan hikma disebalik kejadian..
banyak yang beliau belajar dari kesilapan dahulu...
kalau dahulu beliau sering meninggalkan suruhan illahi...
tapi saat ini..beliau amat peka dengan itu...

betulah setiap yang kita lakukan ada balasan yang setimpal..
allah berikan dia kesenangan tapi dia tidak pernah mensyukuri kepada allah 
dan allah menariknya kembali dengan memberikan kesusahan..
dan lumrah manusia juga..
bila berada dalam kesusahan barulah ingat pada pencipta..
tapi itu yang mengajar kita untuk terus mensyukuri nikmat yang diberikan..
walaupun sedikit..tapi terasa bahagia bila kita pandai menggunakan kearah yang betul..




p/s: agak2 pe yang readers dapat dari cerita yang aku kongsi nie?? jom komen kt bawah nie..sama2 mencari  kesedaran dan insaf dibulan yang mulia...selamat berpuasa pada readers yang beragama islam... :)

Sunday 8 July 2012

mereka insan istimewa

suda berhabuk aku punya blog nie...
daa berzaman tak update...buzy exam dengan program punya pasal.
.sampai tak de mase nak update...
macam makin sunyi blog nie aku rasa..

banyak benda yang berlaku pada aku semenjak aku tak update nie..
sampai tak tahu nak story yang mana satu..
idea nak update yang mana satu pon tak datang-datang lagi..

korang tengok laa dulu gambar-gambar yang aku nak kongsi..nanti aku cerita tentang gambar tersebut..
nie laa kami...geng lepak malam2... ( pic blurr sikit)

time besday kak ina

kami mang suke p jalan2..

photoshoot adalah kegemaran kami...masing2 giler bergambar..

ceria suasana untuk last outing bersama

gambar artis, PA artis dan reporter..( ce teka mana 1 artisnya)

ok sekarang aku rasa macam nak cerita tentang mereka...
gambar daa tunjuk nama dan peribadi dorang aku x story lagi...

first skali aku nak kenal kn kakak2 aku dulu baru abang2 aku...hahhaa
oleh kerana aku yang paling muda..so dowg nie mang pangkat kakak dan abang aku laa kan...
so sweet...hahaha


syaidatun naimah

kakak comel nie nama dia syaidatun naimah...
aku panggil kak naimah jerk..
seorang yang periang..minat sangat dengan korea...
dengan dia nie aku slalu sedut movie or drama dri external dia..
dier asal Perak..
dulu masa aku sem 1..aku pernah laa ade salah paham dengan geng2 dia..
sampai xbertegur...kalau jumpe siap jeling lagi..
tapi bile aku sem 4 nie..tbe2 jerk kami ley rapat siap ley hangout same2...
bila fikirkan balik mang lawak laa time kami gadoh dulu...
mcam bazir masa macam uh jerk..

nor aslina 

yang nie pulak kak ina...dia asal kedah..kat sg.petani jerk..uma dia paling dekat skali...
bilik dia dengan bilik aku dekat sangat2...nak jerit panggil dia pon boleh..
slalu kami yang perempuan nie lepak dlam blik dia laa..
al-maklum..bilik besar kan...mang jadi sarang kami laa..
nak on9 ker nak masak ker nk tgok movie ker mesti p blik dia...hahhaa..
kakak yang nie amat laa paham jiwa aku..suke korek rahsia aku...kihkihkih..
dan aku pulak slalu terpecah rahsia sendiri kt dier...adoi..memalukan betul...

zahid zainuddin

siapakah dia?? dia berasal dari kelantan tp keturunan korea..
hahahaha...
dia nie seorang yang sangat kuat merajuk...
macam perempuan pon ade kadang-kadang..
kalau bersiap nak keluar uh dia laa paling lambat skali..
riuh suasana kalau dia ada...de jerk lawak bodoh dier nak buat..
tp bile time datang bulan dia..jangan tanya kenapa kalau dia senyap seribu bahasa...
zahid nie kire senior kos aku laa..
de jugak 1 kelas dengan dia...
kami slalu kenen kn dia dengan kak naimah..
dowg nie mang serasi sangat..mcam ade jodoh gitu..
hope berpanjanglah jodoh mereka...

madnor @ mamat

dan yang last skali aku ase aku xperlu nak story lebey2 sebab dah ada 1 entry khas untuk dia...
dari beliau laa aku kenal mereka bertiga yang di atas uh...
walaupun mamat nie suke sangat marah n emo dengan aku tapi aku still sygkan dia...
perghh statement berani mati nie..hahhaa...

sem depan kakak-kakak aku daa xde..rase sedey mang aku tak dapat nafikan...
dowg hadir time aku susah..sebab tu dengan dowg aku xpernah berkira..
bila dowg xde naik sem nanti aku dapat rasakan yang hidup aku kembali bosan...
nak cari kawan baru bukan sesuatu yang mudah..nak2 kawan yang hadir time kte susah..

aku harap persahabatan kami nie kekal hingga akhir hayat...aku daa anggap mereka macam abg dan kakak aku...
aku inginkan yang terbaik dalam hidup mereka..insyaallah andai panjang umo dan murah rezeki kami...
kami akan berjumpe lagi..


p/s: pada kakak-kakak ku jangan lupe adek mu disini...doakan adek mu ini berjaya jugak dan bahagia dengan insan tersayang...love u'oll...




Sunday 20 May 2012

TIPS MERAWAT HATI BILA DITINGGALKAN KEKASIH

pernah rase putus cinta??
jika pernah apakah yang kamu lakukan untuk hilangkan rasa kecewa dan frust yang menyelubungi hati anda??
jom kita cari jalan terbaik untuk merawat hati yang terluka


1. MENANGIS 
ambil masa satu malam untuk tangisi kesedihan...menangis sepuas-puasnya dan terus tido...bila bangun tido mulakan hari baru dengan senyuman...lupakan luka semalam..anggap macam mimpi ngeri jerk...

2. KELUAR JENJALAN
tak kira laa pergi tengok wayang ker, jalan-jalan pusing tasik ker, shopping ker asalkan tak duduk dlam bilik sowg..sebab keadaan tu mengundang untuk ingat balik pada pasangan

3. SIBUKKAN DIRI
buat laa keje yang boleh sibukan diri..kemas bilik ker basuh baju ker wat asignment ker.. kalau sume bende uh daa siap g bilik sebelah tanya dowg de pape tak yang korang ley buat untuk dowg... (asalkan busy diri katekan..)

4. CARI JERK ORANG LAIN
buat ape kenangan orang yang da tak nak kat kita...let gone by gone..life must go on...cari laa orang baru..jangan berhenti mencari orang yang boleh sayangkan diri kte...bukak mata anda luas-luas mana tau orang yang selama nie dengan anda sebenar yer sayangkan jugak... :)

5. DEKATKAN DIRI PADA ILLAHI
nie laa perkara yang paling penting dalam hidup..bukan waktu susah jerk cari tuhan waktu senang pon kene cari jugak...mengadulah pada Illahi sebab dia lebey mengetahui apa yang berlaku pada kita...mungkin de hikmah yang baik atas perpisahan kali ini...

so jangan laa nak bersedey kalau korang ditinggalkan kekasih...ada lagi yang sayangkan korang cuma korang jerk yang tak nampak..nak nangis boleh tapi jangan laa terlalu lama banyak lagi perkara yang lebey penting dalam hidup nie yang korang boleh buat....
so chillex ok??
smile always :)


Monday 14 May 2012

T.T.M ( Teman Tapi Mesra)

assalamualaikum..
kali nie seperti yang aku janjikan pada entry lepas yang aku nak cerita pasal seseorang yang baru hadir dalam hidup aku tapi dia banyak ceriakan hari-hari suram aku kt UUM nie..

sejak dua menjak tiga menjak nie...aku ade laa sikit salah faham dengan geng-geng aku sendiri..aku sendiri tak tahu pasal ape tiba-tiba geng aku sendiri menjauhkan diri daripada aku..mungkin aku ade wat salah kat dorang tapi aku tak perasan kot...maaf yer kawan...

alamak terlari jauh dari tajuk asal pulak..sebenar yer aku nak cerita pasal seseorang nie...
tengok nie gambar dia..



ok..nama dia MUHAMAD NUR BIN ARIS..
tarikh lahir 10/10/1990
asal kota tinggi johor
(dah2 tak payah nak tau lebey-lebey)

macam mane aku boleh kenal dier??
aku ase add dier kt mukabuku sebab dier nie senior aku...
tapi kami tak pernah chatting pon...
sampai laa satu hari dia nek chat dengan aku...dan dari situ laa kami mula kenal...

hubungan kami menjadi semakin rapat mase aku masuk sem 4..
tu pon sebab kat mukabuku de satu permainan  "poke"... ( agk laa kalau kowg xtau kn...masing2 bukan de fb ker?? kalau xde ce try xplore)
bermula dia kalah permainan nie dan aku dengan perasaan main-main aku pon mintak dia belanja aku burger dan kene anta kat bilik aku...

seminggu lepas tu de budak junior datang bilik anta burger...terkejut jugak aku..betul2 dia buat...hahaha...malu2...
kami tak pernah jumpe pon padahal 1 kolej...mungkin pernah terserempak tapi tak pernah nak perasan kehadiran dia...hahahaha
(kejam tak aku??)

tanggal 4 April 2012..
kami bertemu..makan tengahari bersama...mase uh sebab aku xde member nak ajak teman makan...dari makan sowg2 baik aku p cari mangsa...hahaha
kebetulan pulak dia on9...sebelum nie dia pernah ajak kua makan..tapi aku xde masa...so tok balas balik kali nie aku pulak yang ajak dia keluar...

first time tengok dia aku agak terkejut laa jugakkan...
dalam hati berkata-kata "ensem kot mamat nie"
hahahahahaa...gatal jap...
dan dari situ laa hubungan kami bermula..kami selalu kua makan bersama...dan dia ajak aku teman dia ajar tarian...
TARIAN???
yup dia pandai menari tarian tradisional...terkejut?? bukan tu jerk dier pandai masak jugak...
weeee :)

sebab dia aku mula rapat dengan budak kolej aku...yang dulu yer aku tak kenal sowg pon...yang paling ajaib..kerana dia jugak aku rapat dengan sowg senior nie yang mase sem 1 kami pernah gaduh teruk..tp sekarang kami slalu keluar skali...hebat kan penangan dia...dan yang paling ketara sekali aku banyak join program kolej yang selama nie aku tinggalkan...huhuhuhu... :)

tapi kowg jangan salah paham pulak..dia hanya aku punya sahabat baik...tu apa yang dia nak...so aku terima dengan hati yang terbuka...andai dia bace entry nie..jangan nak kembang semangkuk pulak ea...hahahaha

ok laa...
panjang pulak entry kali nie...
wasalam...daaa





p/s: kalau berminat boleh pm aku..hahahahaha














Friday 11 May 2012

bila dapur kami berasap

salam sume...
2 3 minggu nie aku agak bz dan perasaan makin tak tenang..mungkin sebab masalah datang bertimpa-timpa..
tapi sume uh ade hikmah dimana ada jugak insan-insan yang sudi ceria kan hidup aku yang suram nie..

kali nie aku xnk celoteh panjang..just nk share beberapa pic aku masuk pertandingan masak siang tadi..
macam tak percaya kan...siap dapat tempat pertama lagi uh..hahahaa

sempat berposing sementara tunggu peserta len daftar

"awak usha sape tuh fara??" kata madnor..
" abg cameraman tuh ensem kot.." ain pula berkata-kata

bahan-bahan yang penganjur sediakan

"nak masak per nie madnor?? sayur kangkung pulak tuh.." kata fara.
"saba-saba kite fikir same-same ea.." madnor balas

"budak berdua nie nak kene nie..aku tengah serabut pikir kn menu boleh pulak dowg posing.." madnor membebel

"bukan yang tuh laa madnor...ambek sayur nie..." fara cube menerangkan..
"gado jerk keje dowg nie...sekeh sekor-sekor baru tau" giliran ain pulak membebel

"jangan laa tengok aku potong sayur nie..segan laa aku" fara dengan muke tersipu-sipu

"macam nie cara tumbuk rempah...jangan bagi tumpah tau.." madnor bg tunjuk ajar..

mari kite kerjasama bersih kan bahan-bahan

penyokong setia kumpulan kami

"lambat lagi ker nak siap..lapaq da nie..." fara bertanya pada madnor

hasil air tangan madnor

tadaaa...untuk persembahan pada juri...hasil tangan fara dan madnor serta potongan sayur dri ain..

smart laa abe saya nie...nak kenal boleh??

yeahhh kami menang no 1....

bersama peminat

makin bertambah peminat..mentang2 laa kami hot...haahaha

juara milik kami...syukur de chef handal dlam kumpulan

masing-masing wat muke comel selepas dpat rangkul gelaran  juara..weee :)



walaupon aku masak ala kadar jerk tapi aku tetap enjoy join program macam nie...sebelum nie jangan harap laa aku nak masuk program DPP tp skrg aku mula enjoy program yang diadakan...
weee..:)
thank pada orang tu yang byk bawak aku rapat balik dengan budak-budak DPP dan ceriakan hari-hari suram aku...


sape orang tuh??? nanti kn entry berikut yer k...

wasalam...
sekian...


Monday 30 April 2012

bila bercinta kita ada naluri yang kuat..

tidak kira perempuan atau laki..bila bercinta pastikan ada naluri yang kuat terhadap pasangan masing-masing..cume bezanya adakah naluri itu betul atau salah..
selalunya lelaki dianugerahkan naluri yang tepat..nak-nak pada orang yang mereka sayang...walaupun tak ada sesiapa yang bagitahu tentang pasangannya..tetapi lelaki dapat mengagaknya..
AWAS!!
jangan sampai terkantoi..

fakta diatas nie bukan aku saja-saja reka..tapi benda ini satu kenyataan yang perlu aku kongsi bersama..mula-mula aku tak percaya kata-kata BFF aku (lelaki laa) tentang fakta ini...tapi bila alaminya sendiri dan apa yang dirasa oleh En.BF agak mengejutkan aku sekaligus aku percaya tentang fakta tersebut...
aku cube selidik benda-benda nie...dan konklusinya adalah...

  1. bila pasangan kita mula sukakan orang lain...dia akan kurang perhatian pada kita...ada saja alasan untuk mengelak dari berhubungan dengan kita..
  2. ada orang lain bagi perhatian lebih pada pasangan kita.,nie untuk pasangan yang berjauhan kebiasaannya
  3. bila pasangan cuba menyembunyikan sesuatu yang patut diberitahu kebenarannya
sume reason kat atas nie aku dapat fikirkan setelah selidik beberapa perkara yang berlaku pada aku dan orang lain..bila perempuan mula buat perkara-perkara diatas..kompom-kompom lelaki yang betul-betul menyayanginya akan dapat lihat perubahan itu dgn jelas..so berwaspada laa wahai perempuan..jangan sampai tersilap langkah...salah langkah kita akan kehilangan orang yang kita sayang

## peluang yang istimewa hanya datang sekali dalam hidup kita..jadi jangan lepaskan peluang tersebut sebab ia tidak akan kembali setelah pergi meninggalkan kita...


Monday 23 April 2012

" MENGAPA CINTA BERALIH ARAH??"

assalamualaikum...
hai semua..
hari nie perasaan bercampur baur...tak tau nak pilih yang mana terbaik untuk diri sendiri...so dengan tu nak kongsi laa beberapa fakta yang dialami sendiri dan dari pengalaman orang lain..tapi kalau tak bape nak betul boleh laa tegur supaya kita boleh berkongso idea..
" Mengapa Cinta Mudah Beralih Arah??"
tajuk nie mungkin sesuai kot pada yang keliru pada cinta yang dia rasakan..

1. JARAK

jarak seseorang kadang-kadang membuatkan cinta kita mudah beralih arah..perasaan kurang yakin terhadap pasangan makin menjauhkan perasaan cinta itu sendiri..tapi bagi yang dapat mengatasinya mang aku tabik spring laa kan...

2.MASA

kadang-kadang pasangan itu sendiri tak ada masa untuk bersama...masing-masing sibuk dengan tugas masing-masing sebagai contoh study, assignment program dan sebagainya..setiap pasangan sebenar yer memerlukan sekurang-kurangnya 1jam dalam sehari untuk luangkan masa bersama...

3.ORANG KETIGA

faktor yang aku rasa paling sesuai untuk dibincangkan...orang ketiga yang hadir lebih baik daripada pasanga sedia ada....orang ketiga selalu bersama kita dikala kita kesunyian...ini juga faktor perasaan mudah beralih arah...

4.KATA ORANG

mulut orang sapa boleh kawal betul tak?? tapi pernahkah korang terfikir mulut orang tu jugak akan mula merubah perasaan korang sedikit demi sedikit...tak percaya??? try laa buat...

5. MULA PUDAR

cinta mula pudar sebab benih kasih sayang tak disemai seeloknya..akibat terlalu pentingkan tugas yang diberikan sampai terlupa pada orang tersayang...dan makin lama makin jauh pasangan dengan kita...bila dia mula berubah barulah terhegeh-hegeh untuk merebut kembali...


ok stop....
banyak lagi sebenar yer nak tulis...tapi masa amat mencemburui kita...
aku nak kene siap-siap p kerja... < part time jerk>
kalau korang nak tambah pape just komen kat bawah ea..boleh kita kongsi idea same2..
adios...
wasalam...