.::.Tooth Fairy.::.

Saturday 21 July 2012

PEREMPUAN MELAMAR LELAKI?? wow!!!

salam semua...
sedang enak jari-jari aku manari diatas keyboard lappy kesayangan aku nie tiba-tiba aku terlihatlah satu gambar yang menarik perhatian aku..bagi aku isu nie memang best untuk diulaskan..pernah tak korang ternampak gambarkat bawah nie kat muka buku korang..


haaa...ini dia...isu yang aku cakap tadi..masing-masing punya pendapat sendiri bila terbaca ayat kat atas uh..
"Wanita Lamar Lelaki"
apa salahnya..sedangkan Nabi Muhammad pon di lamar oleh Siti Khadijah kan??
so bagi aku zaman wanita @ perempuan melamar lelaki nie sejak zaman nabi da ada..
cuma masyarakat kita sekarang jerk yang terikut-ikut amalan barat dimana lelaki yang perlu lamar perempuan..kalau tak salah aku laa..

tapi bagi aku kalau perempuan tu berani ambek first move dier mang hebat..seorang yang berani menghadapi cabaran dan memecahkan tradisi adat orang kita..
tapi ada ker perempuan yang sehebat Siti Khadijah yang melaar Nabi Muhammad??
mungkin ada tetapi jumlahnya sangatlah sedikit..

kalau aku pon tak berani nak pergi melamar lelaki..buatnya lelaki itu tolak lmaran kita haa tak ke haru kat situ..hati perempuan ini lembut..tidak sekat lelaki walaupun lamarannya ditolak oleh si gadis..dia tetap berusaha dan berusaha...tetapi kalau perempuan mau tak keluar bilik seminggu sebab malu nak jumpe atau terserempak dengan lelaki berkenaan..nak2 yang satu kolej..hehhehe

cube bayangkan bagai mana agaknya bila perempuan yang melamar lelaki??

gadis: assalamualaikum awak..

lelaki: walaikumsalam..kenapa telefon malam-malam nie..

gadis: saya nak cakap sesuatu yang penting nie..

lelaki: apa dia??

gadis: saya sebenarnya.......

lelaki: hurmmm...

gadis: saya sebenarnya.......

lelaki: sebenarnya apa awak?? cakap laa jangan laa malu-malu...

gadis: ok saya cube untuk tak malu-malu...saya sebenarnya nak melamar awak jadi suami saya yang sah awak sudi tak??

lelaki: hah?? awak nie biar betul patutnya saya yang melamar awak...kenapa pulak awak yang melamar saya nie?? macam perigi cari timba pulak...awak dah terdesak sangat ker??

gadis: bukan terdesak tetapi saya tak nak awak terlepas pada orang lain sebab tu la saya melamar awak dulu...awak lambat sangat nak melamar saya..

lelaki: saya cuma anggap awak sebagai kawan biasa sahaja..jangan salah paham..saya tak bersedia untuk jadi seorang suami lagi..maafkan saya...

gadis: tak apa lah kalau macam gitu..assalamualaikum...

lelaki: walaikumsalam...

sanggupkah korang buat macam gitu?? hanya orang yang mempunyai hati yang kuat sahaja mampu mengawal keadaan seperti itu..tapi tak semua situasi akan menjadi sebegini kalau perempuan yang melamar lelaki dulu..ada juga yang menjadi sebaliknya...so pada sesiapa yang berani..cubalah..mana tahu rezeki korang dapat lelaki yang korang cinta...belum cuba belum tahukan??




p/s: pada en.mamat...nanti saya melamar awak jadi suami saya yerk..hhahahaha...jangan bermimpi laa tidak akan sesekali saya buat..hahahahaa

1 comment:

  1. assalamualaikum..
    mmg bg mira sendiri xramai wanita zaman sekarang yang seberani Khadijah yang meminang Nabi Muhammad..
    tpi farah saidatina Khadijah xbrjmpa @ bertrs trng dgn Nabi...Beliau gn org tngh bg menyatakan hasrat hati.
    jadi dalam wanita ingin melamar lelaki konsepnya..melalui orang tengah trlebih dahulu.(setahu mira maaf jika salah)
    -Ani menyatakan hasrat/berkias berkenan ke Ali kpd ayh/sudr/org yg dprcyai(B)
    -B akan merisik/bertanya kpd Ali kesudian serta kesediaan Ali bg menerima Ani.
    -Jika Ali terima, Ali mnghntar wakil menemui keluarga Ani.

    *maaf ye andai ada yg trsalah info..
    tp mngikut pndgn mira.

    n_nv

    ReplyDelete