.::.Tooth Fairy.::.

Wednesday 7 March 2012

Perlukah Kesetiaan Itu??

kesetiaan..perkataan yang terlalu banyak makna dalam pelbagai konteks..
pada setia diri individu itu sendiri perkataan SETIA ini berbeza-beza..
ada setengah setia pada AGAMA..
ada segelintir setiada pada KELUARGA
ada lagi yang setia pada CINTA.
ada jugak setia pada sesuatu oraganisasi atau kelompok..

mari kita kupas satu persatu apa yang dikatakan dengan kesetiaan..

1. SETIA PADA AGAMA..

seperti yang kita sume maklum yang setiap individu ada kepercayaan masing-masing.. sebagai umat islam sendiri kita seharusnya setia pada agama kita..

2. SETIA PADA KELUARGA

setiap keluarga ada keunikan, keistimewaan, kelebihan, kekurangan dan masalah..tidak kira apa pun yang terjadi..kita mesti percaya pada keluarga kita dahulu sebelum orang lain..ini kerana mereka laa yang kita kenal dahulu sejak kita dilahirkan..nak2 mak dan ayah kita...tapi setia uh kene laa pada tempat..kalau nampak benda uh mang tak patut jangan la terlalu percaya yerk..

3. SETIA PADA NEGARA

perlulah ada semangat kenegaraan dan kecintaan pada negara...negara yang aman dilahirkan dari sebuah masyarakat atau rakyat yang setia..jangan cuba-cuba jadi pembelot pulak...sebab tu laa kesetiaan itu penting..

4. SETIA PADA PASANGAN KEKASIH / SUAMI ISTERI..

haa...benda ni adalah yang paling susah dan jarang kita nak jumpe..selalu yer mesti ada yang tak setia..baik laki atau perempuan..setia pada pasangan ini perlu ada dalam pehubungan jika mahukan kehidupan dimasa hadapan tidak mengalami masalah yang serius..

5.SETIA PADA ORAGANISASI ATAU KELOMPOK..

mana-mana syarikat mesti mahukan pekerja yang setia...pekerja yang setia ini selalu yer akan menjadi orang keperyaan dalam sesebuah komuniti..jadi tak salah kalau kita setia pada sesebuah komuniti untuk mendapatkan pelunag yang lebih cerah dimasa akan datang..betul tak??

setia atau tidak semuanya bergantung pada individu itu sendiri macam mana nak mencorak kehidupan masing-masing..sebelum berbuat sesuatu perkara perlu laa kira baik dan buruknya sesuatu keputusan yang diambil...

sekian
wasalam

sekadar gambar hiasan

Sunday 4 March 2012

perempuan cantik selalu curang???

assalamualaikum semua..
macam entry yang lepas aku de coretkan tentang lelaki playboy
kali nie aku nak cerita pasal perempuan cantik selalu curang...
betul ker statement nie??

tengah dok bersiap p kelas dan online FB..tiba-tiba jerk ternampak seorang hamba allah nie post gambar dibawah

siap masuk paper wooo...

aku rase nie de link jugak laa dengan apa yang aku post semalam..tapi kali nie lebey kepada perempuan...
walaupun aku perempuan...tapi tak de laa aku menidakkan atau mengiyakan statement nie..
ia bergantung pada individu itu sendiri..

jom kita lihat kenapa perempuan cantik selalu curang terhadap pasangan..

1. PIKAT LELAKI KAYA
cube korang tengok..lelaki kaya dato' ke tan sri ke mesti nak yang supermodel artis...mereka nie semua kan cantik...so bagi mereka yang cantik nie..aim utama adalah nak kaut keuntungan lelaki kaya...

2. TERLEBIH KASIH SAYANG
sebab kasih sayang yang diterima terlalu banyak laa susah untuk dia pilih mana yang terbaik..bila merasakan orang yang berada disisi dia kurang memuaskan beralih ke lelaki lain..dari situ nampak yang dia nie curang

3. PERASAN
bagi mereka untuk mendapatkan pasangan hidup ini sesuatu yang bagitu mudah...bukankah lelaki hanya suka pada kecantikan luaran tp bukan dalaman..

4.MEMBUAT TEMAN LELAKI CEMBURU
kadang-kadang perempuan cantik curang sebab nak tengok teman lelaki yang sedia ada nie cemburu..mgkin sebab selama ni teman lelaki dia tak pernah tunjuk perasaan cinte yang mendalam kot.

5. KELUARGA
mak bapak suruh cari ramai calon sebab senang nak buat list calon menantu..

realitinya bukan perempuan cantik saja yang lakukan ini semua..perempuan kurang cantik pun buat jugak..so kita tak boleh laa label perempuan caktik nie selalu curang sebab lelaki yang ada teman wanita yang kurang cantik pon akan ditinggalkan kalau lelaki berkenaan tak reti jaga hubungan..
so pandai-pandai laa jage hubungan yang ada..
tak salah pilih perempuan cantik..kalau dapat satu ganjaran laa..kalau tak dapat mungkin rezeki apa yang ada jerk..huhuhu
gambar hiasan semata-mata



p/s: percaya tak kalau realiti perempuan cantik mesti pakwe dia tak ensem..lau lelaki ensem awek dier mesti cantik..kenape ek?? (en.BF saya tak ensem makne yer saya cantik laa kan?? heheheh)

Saturday 3 March 2012

lelaki playboy mari singkap kebenarannya

dok menghadap FB lama-lama last-last aku terjumpe sesuatu yang menarik minat aku..
Group The Girl Of UUM...
hahaha..mang terbailk laa kan..aku sendiri tak pernah terfikir nak wat macam nie..
topik first yang dikemukakan mang menarik minat aku sangat-sangat..
LELAKI PLAYBOY...benarkah dia wujud??

kenapa lelaki jadi playboy..mari kita kupas isu ini...
berdasarkan apa yang dipostkan oleh ahli-ahli kelab..
lelaki playboy kebanyakan yer dari kalangan 'lelaki yang tak hensem tapi bajet hemsem'
benarkah begitu??
pandapat peribadi aku menyatakan YA!!
hahaha...sebab selama aqku merantau negeri orang nie...kebanyakan lelaki yang tak ensem nie laa paling ramai awek dan skandal...tapi aku tak cakap lelaki yang dalam kategori ensem uh baik-baik belaka dan jenis yang setia..

kenapa mereka jadi playboy??
pernah tak korang semua terfikir?

1. KURANG KASIH SAYANG
mereka yang playboy nie biasanya kurang kasih sayang dan perhatian..so mereka nak kumpul sebanyak mungkin kasih sayang dari perempuan yang sudi memberi..

2. MENGISI MASA LAPANG
sebab terlalu banyak masa terluang mereka mencipta hobi baru iaitu memikat perempuan..kalau ada yang mengena adalah satu bonus..

3. INGIN MEMILIH PASANGAN YANG SESUAI
susah nak cari pasangan yang betul-betul serasi..sebab tu pasang banyak-bayak supaya lebey banyak pilihan sekaligus dapat laa pilih mana yang sesuai nak jadi calon isteri.

4.TUNJUK KEHEBATAN SEBAGAI LELAKI
mestilah nak nampak gah depan member bile banyak perempuan terkejar-kejarkan dia..bak kata perpatah 'cinta tak mengenal rupa'

5.INGIN BAHAGIAKAN PEREMPUAN
banyak perempuan yang tak dilayan dengan baik diluar sana..jadi ambil peluang nie bagi semua perempuan rase ada jugak yang sukakannya..so tak ade la perempuan yang kesepian tak dipandang oleh orang lain.

6. BAGI PENGALAMAN PADA NEWBIE
pada perempuan yang tak pernah rasa nikmat percintaan atau pun tak pernah kene ayat-ayat manis..ini adalah peluang paling besar untuk mereka ceburkan diri..


segala yang diatas adalah rekaan aku semata-mata..kalau korang ade pendapat yang lagi best jom kongsi sama-sama...manalah tau kita boleh perdebatkan isu ini lagi..
pada lelaki diluar sana jangan mara k..ini semata-mata gurauan....hehhee


suke pic nie comel sangat2..

teman FB aku..

tiba-tiba muncul idea nak menulis lagi hari nie..
kali nie pasal per pulak laa si nieny nak story mory...
hahhaa...
nak cakap kami pernah bertemu rasanya tidak pernah sekali pon..
tapi kami selalu meluahkan apa yang terpendam dalam diri masing-masing..
nak-nak hal percintaan..
macam mana kami boleh rapat pon aku sendiri lupe..haha
al-maklum laa aku mang susah nak ingat sesuatu yang terjadi pada diri aku.hanya sesetengah jerk..hahah
tapi yang pasti kami pernah bersama dengan orang yang sama walaupon situasi yang berbeza...
mingkin orang lain pelik kenapa aku dan dia nie rapat..padahal kalau perempuan lain kompom-kompom tak kan tegur dah..hahha..tapi berbeza dengan aku..bagi aku kami banyak persamaan..itu apa yang dikatakan oleh  seseorang laa..aku pon tak pasti akan kebenarannya...
bagi aku dier jenis yang simple dan baik...pendengar yang setia jugak la kadang-kadang..tapi tak tau laa apa yang dianggap tentang aku..hope yang baik-baik juga.. ^__^

habit dier yang paling ketara sepanjang aku kenal dia adalah shopping online..pantang ada tudung bawal baru dan lawa kompom-kompom laa duit yang selama nie dia simpan akan terbang melayang...

secondly minat dia sama macam aku..suka baca novel..dari beli online dan pergi ke kedai buku..mang dia akan borong sakan..mengikut apa yang dia pernah cerita kat aku..dia sanggup abis kan duit sebanyak RM200 tok beli novel..mang giler minah nie...hahaha

thirdly yang aku perasan dia suke like status aku..bukan status aku jerk..sume orang punya status kt FB dia like...pe pon tak boley..dan yang paling teruk tak boleh terbaca ayat jiwang sikit..kompom dia copy and paste kat wall dia...

mesti korang tertanya nape aku tak pernah jumpe dia kan??
bukan kami tak berjumpa..tapi setiap kali merancang mesti tak pernah nak jadi..tak tahu laa kenapa...
siyesly aku excited sangat nak jumpe dier depan-depan..tapi mungkin belum masanya kami nak hangout skali kot..

bagi aku dia seorang yang setia pada cinta..tak kira laa banyak kali mana dia terluka dia tetap setia..hahaha...(ayat aku terlebey da nie).. hope sangat satu hari nanti dia akan dapat lelaki idaman yang dia tunggu-tunggu tu...insyaallah lau jodoh dia panjang dengan BFF aku yang sorang tu aku laa orang yang pling bahagia...hahhaa...


nie haa orang yer... SYAMIMI HANANI BT MOHD SUHAIMI
lawakan orangnya...hehehe...
pada jejaka diluar sana lau nak berkenalan boleh laa bagitau aku..hahahaha... (xde aku gurau jerk)

suda laa penat berceloteh kat sini...
sekian...
wasalam

hari mengundi datang lagi..

assalamualaikum...
setiap 2 sem mesti bende nie akan datang...
hari mengundi untuk jadi MPP..
aku sendiri pon tak pasti laa kenapa ramai mahasiswa-mahasiswi nie berebut-rebut nak jadi MPP
hebat sangatkah jawatan itu...
seriusly bagi diri aku sendiri aku tak nak jadi MPP sejak azali lagi..
mang tak pernah terlintas langsung nak pegang jawatan yang tinggi dalam sesuatu komuniti nie..
tapi tak tau kenapa segelintir pelajar sanggup menjatuhkan maruah orang lain semata-mata untuk berada diatas..
perlukah perbuatan tidak bermoral itu berlaku..
bukankah setiap orang mempunyai kelebihan dan kekurang sendiri..jadi tak perlu rase yer nak menjatuhkan imej seseorang tu..
tarik undi dengan cara yang bersih sudah laa..itu lagi baik dri hanya membuat propa yang hebat tapi tak mampu laksanakan apa yang dijanji kn..

satu lagi yang aku perasan laa MPP dekat Uni aku nie...bukan nak mengutuk atau apa...tapi nie adalah hakikat yang sebenar..pernah laa sekali aku berkerjasama dengan MPP...
ya aku akui segelintir mereka membuat kerja..tp segelintir lagi?? hanya tahu berkata-kata hebat tapi tidak tahu membuat sebarang kerja pon..macam mana mereka nie boley terpilih?? salah student atau propa mereka sewaktu meraih undi terlalu hebat sampai ramai yang terpengaruh??

maaf sekali lagi kalau terasa...bukan nak mengutuk atau mengaibkan...tapi bende nie nampak kelemahan sesebuah organisasi...tak dinafikan sesebuah organisasi itu akan mengalami masalah...tapi bagaimana kita uruskan masalah itu yang penting supaya orang luar tidak akan nampak kelemahan kita..

pencalonan MPP bagi aku tidak hanya kepandaian sahaja yang dipilih tapi perlu mencari mereka yang tahu laksana kan tugas yang diamanahkan dengan baik...
tak nak nanti timbul kembali isu MPP tidak buat kerja atau sebagainya..
sebagai badan wakil pelajar...sesiapa pon yang mentadbir dan diberi amanah harus bertanggungjawab sepunuhnya atas amanah yang diberikan..jangan sekadar mahu nampak gah dimata orang tapi sebaliknya tidak seperti itu...
jangan pergunakan kepercayaan orang lain kearah yang salah...gunakan laa kepercayaan orang itu sebagai satu batu loncatan untuk kamu semua jadi pemimpin yang hebat suatu hari nanti..

so...
diharapkan MPP kali nie ubah laa presepsi pelajar UniUtama nie supaya tidak terus hilang kepercayaan pada kalian...
maaf sekali lagi kalau entry aku nie wat mane2 pihak rase tersinggung..niat hanya ingin menegur..aku pon bukan laa perfect sangat...sama-sama lah kita menegur antara satu sama lain kan..
ok??
peace no war.. 

sekian wasalam..



p/s: de gak member aku yang jadi MPP..jangan terase ek..hehehhehe...komen la lau de yang xkene..hehehe

Thursday 1 March 2012

limaratus hari

assalamualaikum sume...hari berganti hari..bulan berganti bulan..tup2 jerk hubungan aku dengan En.BF genap 500 hari ari nie.. terase macam abru je kami kapel...tapi inilah hakikat yang paling aku tak sangke dalam hidup aku.. En.BF tahan dengan sikap aku yang panas baran..suke mar..dan main sembur jerk tanpa pikir perasaan orang.. member aku sume tertanya-tanya macam mana laa kami nie bile berdua..sebab masing-masing giler perangai macam budak-budak jerk..takkan laa aku nak tunjuk loving-loving depan kowang..malu weyh...hahahahaha...aku bukan pe..manje aku biar laa dier sorang jerk yang tahu..hahahhaa..dengan En.BF aku bebas nak wat pe aje..nk kentut kuat2 pon xde hal..kire mang jadi diri sendiri laa...banyak gak laa kelemahan aku yang dier tahu..tpi aku bersyukur sangat2 dier dapat terima aku seada yer..sepanjang 500 hari bersama banyak jugak laa pahit maun yang kami lalui..seperti pasangan len kami tak lari dri masalah..tapi bagi aku dia yang terbaik dalam hidup aku...da2 malas nak puji lebey2..dia tu bukan betul sangat nanti perasaan lebey,,yang penting cinta dan sayang untuk En.BF ade dalam hati aku...

p/s: b syg daa puji nie xreti2 ag ke nak bg adiah..hahahahahahaha