.::.Tooth Fairy.::.

Friday 20 July 2012

HIDUP INI IBARAT RODA

salam pada semua..
kira lama jugak aku tak menulis..
bukan bz...tapi tak de mood dan idea nak tulis apa..
tapi hari ini berbeza..bila aku teringat padaseorang hamba allah yang paling aku sayang dan hormat dari kecil..
cerita hidup beliau umpama satu pengajaran yang patut aku kongsi bersama..

dia dilahirkan dalam keluarga yang sederhana..
dianugerahkan tuhan otak yang cerdik..
dengan kepintaran yang dia ada dia berjaya dalam usia yang muda..
dan melangsungkan pernikahan dalam usia yang muda juga...

kalau aku tak silap dalam usia semuda 25 tahun dia mempunyai seorang anak...
terlalu awal bagi seorang lelaki untuk mempunyai anak pada umur sedemikian..
tapi dia telah memikul tanggungjawab itu..

perkara yang paling aku respect kat dia nie adalah berkaitan dengan persahabatan..
dia terlalu mudah percayakan orang...
allah menganugerahkan beliau dengan rezeki yang murah..
dan dia tidak pernah berkira mengenai wang dengan keluarga mahupun sahabat terdekat..

tapi lumrah manusia...
yang baik selalu ditipu..
dia berhenti dari satu syarikat swasta untuk memulakan perniagaan sendiri..
pada awalnya pernigaannya sangat berjaya berkat hasil usaha yang tak pernah putus..
tetapi..kehidupan itu hanya sementara..
beliau tertipu dengan keadaan keliling...
ramai yang ingin menjatuhkan beliau termasuklah keluarga mentua..

dan allah temukan dia dengan seorang perempuan yang boleh susah senang bersama..
dan mereka mendirikan rumah tangga..
pada awal perkahwinan isteri pertama dengan tiga orang anak dapat menerima hakikat berkenaan..
tetapi dengan hasutan saudara mara...isteri pertama minta dilepaskan dan anak2 tidak lagi diberi kebenaran untuk bertemu dengan ayah mereka...

perniagaan beliau makin menurun..
saat susah begini..
beliau sedar bahawa tiada lagi kawan yang selalu bertandang ke rumah..
tiada lagi kawan yang sering menelefon..
dan tiada lagi kawan yang menghampiri ketika sedang makan...

sampai ke satu tahap...
dari puluhan ribu dalam akaun bank..
hanya tinggal rm5 di dalam poket untuk teruskan hidup di bandar metropolitan...
tapi allah maha penyayang...
mungkin rezeki yang  sebelum ini beliau berkongsi dengan orang lain saat dia senang dulu allah berikan semula pada beliau..
ada yang berhutang dengan beliau satu ketika dahulu datang membayar hutang..
beli barang  dapur untuk beliau dan isteri yang sedang mengandung serta ada yang sudi memberi modal untuk   memulakan perniagaan baru..

dahulu beliau tidak pernah kenal apa itu senduk dan periuk..
tapi alhamdulillah..
setelah berada dalam kesusahan...
beliau dapat melakukan perkara yang sebelum ini tidak pernah beliau lakukan..
berniaga nasi lemak kukus memang sesuatu yang tidak pernah terlintas difikirannya...
tapi itulah sumber rezeki yang beliau ada sekarang..
dan beliau bersyukur kerana keluarga masih mampu menerima kehadiran beliau walaupun saat beliau dalam kesusahan...

kini..kehidupan beliau penuh dengan kesyukuran kepada allah...
mungkin allah ingin menunjukkan hikma disebalik kejadian..
banyak yang beliau belajar dari kesilapan dahulu...
kalau dahulu beliau sering meninggalkan suruhan illahi...
tapi saat ini..beliau amat peka dengan itu...

betulah setiap yang kita lakukan ada balasan yang setimpal..
allah berikan dia kesenangan tapi dia tidak pernah mensyukuri kepada allah 
dan allah menariknya kembali dengan memberikan kesusahan..
dan lumrah manusia juga..
bila berada dalam kesusahan barulah ingat pada pencipta..
tapi itu yang mengajar kita untuk terus mensyukuri nikmat yang diberikan..
walaupun sedikit..tapi terasa bahagia bila kita pandai menggunakan kearah yang betul..




p/s: agak2 pe yang readers dapat dari cerita yang aku kongsi nie?? jom komen kt bawah nie..sama2 mencari  kesedaran dan insaf dibulan yang mulia...selamat berpuasa pada readers yang beragama islam... :)

No comments:

Post a Comment