.::.Tooth Fairy.::.

Thursday 27 October 2011

"R.A.G.A.M" "B.E.R.C.I.N.T.A"

Assalammulaikum dan salam sejahtera pada yang bace dan singgah entry nie...
sebenar nya xde mood nak tulis entry pada waktu2 mcm nie..
tp tiba-tiba tertarik dengan satu post kat 'mukabuku' member aku sorang nie..
kire berminat nak kongsi kasi orang lain laa...
panjang pulak mukadimah..jangan mara yerk..

entry kali nie pasal RAGAM BERCINTA

♥ kalau bercinta, jangan berkepit macam belangkas, hantar surat berbelas-belas, SMS berbalas-balas, masa 
dating sebelah tandas, berpeluk-peluk dalam bas, asyik menjeling dalam kelas, minum air perghh kongsi 
segelas...

bila ada konflik , haa mula la nak frust, nak tunai solat pun malas, tak dapat tumpu study dalam kelas, waktu
 result nak keluar tahu pulak cemas, takut exam tak pass, tup tup awek sendiri kena kebas, kesian.. melepas !

so, jadilah couple yang ada class, berdating ikut lunas, bergaul ada batas, jaga maruah dengan tegas, syariah
 dijaga dengan jelas, tutur kata sentiasa beralas, kalaulah cinta yang dihulur ikhlas, janganlah bimbang, cintamu
 pasti berbalas.

♥ kepada yang masih SINGLE,

cinta ibarat kupu-kupu, makin dikejar, makin dihindar. tapi,bila kau biarkan ia terbang, ia akan 
menghampirimu disaat kau tak terduga. cinta mampu membahagiakanmu, tetapi sering pula ia menyakiti. cinta
 itu hanya istimewa apabila kau berikan cinta kepada seseorang yang layak menerimanya.


♥ kepada PLAYBOY/PLAYGIRL,

jangan katakan 'AKU CINTA PADAMU' bila kau tidak benar-benar peduli. jangan bicarakan soal cinta bila
itu tidak benar-benar ada. jangan sentuh hidup seseorang bila kau hanya berniat untuk mempermainkannya.
 jangan menatap ke dalam mata seseorang bila kau lakukan untuk pembohongan. hal paling kejam yang 
dilakukan ialah membuat seseorang jatuh cinta, sedangkan kau tak berniat langsung untuk MENERIMANYA saat ia terjatuh.


♥ kepada yang PATAH HATI,

bertahan selama kau menginginkannya akan menghiris luka sedalam kau membiarkannya. persoalannya, 
bukan bagaimana mengatasi rasa sakit itu, tetapi apa yang boleh diambil dan dihayati sebagai pengajaran dan
 hikmahnya.

♥ kepada yang BELUM PERNAH JATUH CINTA,


bagaimana kalau jatuh cinta? mahu jatuh, JATUHLAH ! tetapi jangan sampai terjerumus. biar selamba janji 
stabil. cubalah untuk memahami. bersedialah untuk terluka dan menderita, tetapi jangan disimpan semua rasa 
jika itu yang benar-benar dialami.


♥ kepada yang TAKUT MENGAKUI,

cinta menyakitkan apabila anda memutuskan hubungan dengan seseorang. tetapi lebih sakit lagi, bila 
seseorang memutuskan hubungan denganmu. namun, cinta paling menyakitkan apabila orang yang kau cintai
langsung tidak megetahui perasaa mu terhadapnya.


♥ kepada yang masih bertahan MENCINTAI SESEORANG YANG TELAH PERGI,

hal yang menyedihkan dalam hidup ialah apabila kau bertemu seseorang, lalu jatuh cinta.akhirnya menyedari
 bahawa dia bukanlah jodoh dan kau telah mensia-siakan masa bertahun-tahun untuk orang yang tidak layak.
 kalau sekarang dia tidak layak, 10 tahun dari sekarang pun dia tidak akan layak. biarkan dia pergi, dan 
lupakan






No comments:

Post a Comment