.::.Tooth Fairy.::.

Sunday 12 August 2012

TIPS MENGAJAR BUDAK-BUDAK KECIL BERPUASA PENUH

salam ramadhan buat semua..alhamdulillah tinggal beberapa hari lagi kita nak menyambut syawal dan meninggalkan ramadhan al-mubarak ini..aku sibuk siapkan kuih raya yang ditempah oleh jiran-jiran dan sahabat terdekat..ade jugak laa cube resepi baru untuk kuih dirumah..penat tu mang penat tapi bile tengok hasilnya memang puas hati..

kali nie aku nak berkongsi sikit tentang perkara yang kadang-kadang sesetengah orang ambil ringan.. bagi mereka yang telah mempunyai anak..umur berapakah yang sesuai untuk megajar anak mereka berpuasa..mungkin ini telah lambat untuk aku kongsikan bersama..tapi apa yang bakal aku kongsikan nie adalah pengalaman dari anak sedara aku sendiri...nak kongsi pengalaman diri aku mang tak laa kan..sebab daa banyak lupa..

ok..bila nak menjelang raya nie anak sedara aku daa bertambah 11 orang..alhamdulillah..berbagai peringkat umur yang ade kat umah aku nie..7 orang daripada mereka..mak aku yang jaga..wow..ramai kan..daa mcm nursery daa rupe umah aku nie..

bebalik pada tajuk...aku mempunyai 2 orang anak sedara yang sebaya..berumur 6 tahun..kire budak tadika laa..alhamdulillah..sepanjang ramadhan berlalu ini..mereka berdua puasa penuh..aku juga terkejut bila mereka berjaya puasa penuh hingga ke saat ini...

jom kita tengok apakah faktok yang mendorong untuk mereka berpuasa penuh : -ur buluh biar dari rebungnya..

1) ADIK BERADIK ATAU SAUDARA MARA

adik beradik atau saudara mara memainkan peranan jugak..macam yang aku katakan tadi..kat rumah aku nie mak aku jaga hampir 7 orang cucu..jadi bila salah seorang daripada mereka tidak berpuasa mereka akan di ejek dan tidak dibenarkan makan sekali..untuk tidak dipinggirkan..jadi mereka bertahan untuk berpuasa penuh..

2) IBU BAPA


ibu bapa adalah peranan yang paling penting..perlu memberi motivasi pada anak2..bukan sahaja sogokkan dengan duit..tapi kene laa bagitahu apakah kelebihan berpuasa serta ganjarannya..bak kata pepatah meluntur             
buluh biarlah dari rebungnya..macam kakak aku mengajar anak mereka tentang ganjaran pahala bila kita berpuasa serta apa yang tidak boleh dilakukan bila berpuasa..budak2  kecik nie kte kene psyco fikiran mereka..memang mereka cepat teringin sesuatu benda bila bulan puasa nie..jadi pandai2 laa psyco mereka untuk bertahan..

3) BERSAHUR

bagi budak kecik..mereka nie aktif walaupun bulan puasa..jadi sahur itu amat penting untuk mereka...nak2 sekarang nie bulan puasa mereka tetap pergi ke sekolah..jadi untuk bekalkan tenaga yang cukup kejutlah mereka bersahur walaupun hanya minum susu..

4) BERBUKA

normallah bila bulan puasa tidak kira tua atau muda time nie laa nak makan macam-macam..sebagai reward bagi budak2 kecik yang baru blaja berpuasa nie..seeloknya beli atau sediakanlah apa yang mereka teringin nak makan..kadang2 tekak nie nak makan benda yang jarang dapat..macam orang dewasa jugak..nie pon sebahagian faktor nak galakkan mereka nie berpuasa...

5) RAYA

aku rasa benda nie dari aku kecik mang benda yang sama kita dimogokkan..siapa tak puasa tak boleh raya atau tak dapat duit raya...time tu berebutlah masing-masing nak puasa penuh siap kira hari lagi..bila pagi raya masing-masing tuntut duit raya ikut bilangan hari berpuasa..hahaha..tu aku masa kecik dulu...wee :) 
kakak-kakak aku jugak buat perkara yang serupa dengan anak-anak mereka yang baru belajar puasa tu..tp tak tahu laa bila raya dorang tuntut ker tak..



aku rasa cukuplah lima faktor untuk aku kongsi bersama untuk galakkan budak sebesar 6 tahun berpuasa penuh..bagi aku budak 6 tahun boleh berpuasa sebulan itu cukup hebat sebab mereka boleh bertahan lapar walaupun bila ke sekolah atau diruma tengok orang lain makan..tapi bagaimana orang dewasa yang tidak berpuasa?? tak malu ke dengan budak kecik yang boleh berpuasa sebulan penuh...kalau perempuan uh boleh dimaafkan lagi kerana ada sebab-musabab...tapi kalau lelaki?? macam mana pulak..renung-renungkanlah yerk...


p/s: aku nak ambik kesempatan nie nak ucap selamat hari raya maaf zahir batin pada mereka yang mengenali aku kalau aku ada wat salah silap dengan korang semua..0-0 yerk...hehehe...:)





















2 comments:

  1. tips menarik...
    salam ramadan....

    ReplyDelete
  2. Selamat Hari Raya..
    Tips ini sgt berguna buat yg ingin melatih anak2 berpuasa ^^

    ReplyDelete